Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KUTAI

KUTAI,  kerajaan tertua di Indonesia. Kerajaan ini dipercayai tertubuh sekitar tahun 400 M.  Lokasi sebenar kerajaan Kutai ialah sekitar Muarakaman, Martapura. Nama Muarakaman sebetulnya berasal daripada nama Mulawarman. Kerajaan Kutai mendapat pengaruh dari Jawa. Kutai juga pernah berhubung dagang dengan China. Ada yang berpendapat bahawa nama asal Kutai berasal daripada bahasa China Kho Thay bererti sebuah kerajaan besar. Batu bersurat tertua  ditemui di Muarakaman. Batu bersurat tersebut ditulis dengan huruf Pallawa dalam bahasa Sanskrit. Bentuk huruf Pallawa yang digunakan sama dengan huruf Pallawa pada tahun 400 M. di India  Selatan. Batu bersurat ini menunjukkan bukti kemasukan pengaruh Hindu dalam kerajaan Kutai. Kuddungga ialah nama asli kerajaan Kutai, manakala Acvavarman dan Mulavarman ialah nama yang mendapat pengaruh Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebetulnya