Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KHATIJAH TERUNGHATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan Terung kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung.SASTERATokoh
SI LUNCAI

SI LUNCAI,  cerita rakyat yang digolongkan dalam cerita jenaka Melayu.  Cerita ini disadur daripada hikayat Hindu tua, iaitu Jataka, Panca Tanderan dan Katha Sarit Sagara.  Cerita Si Luncai telah diubahsuai sehingga menjadi sebahagian warisan tradisi setempat.  Cerita ini telah sebati dengan masyarakat Melayu dan mereka menganggap watak Si Luncai sebagai manusia yang hidup di Alam Melayu.  Struktur cerita Si Luncai yang menarik dan mudah membolehkannya diceritakan oleh sesiapa sahaja dalam bentuk pertuturan seharian.

SASTERAKarya
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebati