Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN

Australia, Sistem perundangan. Sistem

perundangan Australia sebahagian besarnya

berdasarkan sistem perundangan England. Banyak

undang-undang Australia kini berasal daripada

undang-undang Inggeris yang dibawa oleh

peneroka awal. Tetapi, Australia adalah

persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian

sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem

perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap

negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya

sendiri dan mempunyai undang-undang yang

hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping

itu, Australia mempunyai sistem mahkamah

persekutuan dan undang-undang persekutuan

yang dilaksanakan di seluruh negara.

UMUM
DAGING

Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan.

Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot,

tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap

sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan

di negara industri diperoleh daripada haiwan yang

diternak untuk makanan. Haiwan ini dan daging

yang diperoleh daripadanya ialah lembu, babi,

biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging

haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu,

ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan

daging.

UMUM
ENJIN DIESEL

Enjin diesel ialah sejenis enjin pembakaran

dalam yang sebahagian besarnya digunakan

untuk kerja berat.

UMUM
SCULLARD, HOWARD HAYES

Scullard, Howard Hayes ( 19031983) ialah

pakar Inggeris tentang sejarah Rom purba.

Karya Scullard sebahagian besarnya tertumpu

pada penulisan tentang Republik Rom, tetapi

salah sebuah bukunya yang terbaik, From the

Gracchi to Nero (1959), merupakan fakta dan

analisis yang bijak tentang peralihan pemerintah

daripada Republik kepada Empayar. Karya

Scullard yang lain termasuklah A History of the

Roman World from 753 to 146 B.C. (1935), A History

of the Roman World from 146 to 30 B.C. (1953),

Rome and the Etruscan Cities (1967) , The Elephant

in the Greek and Roman World (1974), dan Roman

Britain: Outpost of Empire (1979). Howard Scullard

pernah menjadi editor bersama The Oxford

Classical Dictionary.

UMUM
SAN MARINO

San Marino ialah sebuah negara Eropah yang

kecil dan dikelilingi oleh Itali. Ia terletak di

Pergunungan Apennine di timur laut Itali.

Sebahagian besarnya termasuk ibu negaranya dan

kotanya yang terbesar terdiri di Gunung Titano.

Ibu negaranya juga bernama San Marino. San

Marino ialah salah sebuah negara yang paling kecil

di dunia. Luasnya hanya 61 kilometer persegi.

UMUM
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM
OEDIPUS

Oedipus ialah raja Thebes dalam mitologi Yunani.

Dia telah membunuh bapanya tanpa disedarinya dan

mengahwini ibunya. Ramai penulis purba menulis

cerita Oedipus dalam versi yang berbeza-beza. Versi

yang berikut sebahagian besarnya berasaskan

Oedipus Rex , karya tragedi penulis drama Yunani

Sophocles.

UMUM
ROTHKO, MARK

Rothko, Mark (19031970) ialah pelukis Amerika,

yang bertanggungjawab memulakan pergerakan

ekspresionis abstrak. Lukisannya yang terkenal

merupakan suatu pengubahan abstrak mudah,

besar dan jelas. Dalam karyanya, dia bergantung

sebahagian besarnya pada warna dan sempadan

yang tidak jelas pada bentuk segi empat tepat

untuk menghasilkan mood yang berlainan.

UMUM
AVOIRDUPOIS

Avoirdupois ialah sistem timbangan

untuk barang dagangan biasa yang agak

besar, seperti batu arang, bijirin, atau bahan

makanan. Sistem ini telah digunakan di

Komanwel British dan Amerika Utara, tetapi

sebahagian besarnya telah digantikan dengan

sistem metrik. Perkataan avoirdupois berasal dari

perkataan Perancis bermakna barang-barang

berat . Asas sistem ini ialah paun, yang

bersamaan dengan 0.45 kilogram. Satu paun

avoirdupois mengandungi 7000 grain. Ia

dibahagikan kepada 16 auns, setiap auns

bersamaan dengan 16 dram. Paun Troy dan

apotekari, digunakan untuk menimbang logam

berharga dan permata, yang bersamaan dengan

0.37 kilogram, dan mengandungi 5760 grain.

Paun ini dibahagikan kepada 12 auns. Dalam

sistem yang menggunakan paun, berat grain

adalah sama 65 miligram.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Auns Paun

Berat Timbangan dan ukuran

UMUM
MENARA LOCENG

Menara loceng, dalam bahasa Inggeris disebut

campanile. Istilah ini berasal daripada perkataan Itali

yang bermaksud loceng. Kebanyakan menara

loceng terdapat di Itali. Bentuk menara biasanya

segi empat tetapi ada juga yang berbentuk bulat.

Sebahagian besarnya dibina di atas struktur yang

berasingan, tetapi ada yang disambungkan pada

gereja. Loceng di menara ini berfungsi untuk

memanggil orang bersembahyang. Menara serupa

ini juga didirikan di dewan bandar raya yang

berfungsi sebagai menara pengawal dan struktur

yang menjadi kebanggaan orang ramai.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebahagian besarnya