Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Boleh tanya, bagi perkataan Booster seat, apakah perkataan paling sesuai dalam bahasa Melayu? | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "booster seat" ialah kerusi tambahan atau kerusi keselamatan bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 19.10.2021 |
Apakah terjemahan bagi ayat ini? "Aku rasa 'baby car seat' ni lagi senanglah nak bawa masuk kat dalam kereta." | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi baby car seat ialah "kerusi kereta bayi" | Makna | 09.07.2022 |
Mencari perkataan makna bagi perkataan baby car seat. Dalam kamus online tak wujud. Cuba tanya melalui Facebook, tak ada orang jawab. Memang tak wujud ke? | Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "baby car seat" ialah kerusi keselamatan kanak-kanak. | Makna | 18.05.2020 |
Salam sejahtera ! Mohon tistilah bahasa Melayu bagi perkataan berikut yang sering digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 1. Round table 2.Think-pair-share 3.hot seat 4.role-play 5.gallery walk 6. three stray, one stay Trima kasih. | Padanan bagi istilah berkenaan adalah sepeti yang berikut: 1. round table = meja bulat 2. think-pair-share = fikir-pasang-kongsi 3. hot seat = kerusi panas 4. role-play = main peranan 5. gallery walk = jalan galeri 6. three stray, one stay = satu tetap tiga lilau
| Istilah | 27.12.2017 |