Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PAS

PAS, parti politik Melayu beraliran Islam yang

ditubuhkan pada tahun 1951. PAS ialah

singkatan Parti Islam Se-Malaya. Pada tahun 1963,

nama parti ini dipinda kepada Parti Islam Se-

Malaysia.

UMUM
AUSTRALIA SELATAN

Australia Selatan ialah negeri yang ketiga

terbesar di Australia. Negeri ini terletak di tengah

pantai selatan dan meliputi se perlapan daripada

seluruh kawasan Australia garis pantainya melebihi

3700 kilometer.

UMUM
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DEWAN PEMUDA PASDEWAN PEMUDA PAS, pergerakan pemuda Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang anggotanya berumur tidak lebih daripada 40 tahun. Dewan Pemuda Pas (DPP) bergerak di bawah PAS dan tertakluk kepada perlembagaannya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BERJASABERJASA, parti politik.  BERJASA ialah angkatan bagi Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia.  Parti ini didaftarkan pada 30 Januari 1978 dan Datuk Mohamed Nasir dilantik sebagai yang dipertuanya yang pertama.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
ORANG TEMUAN

ORANG TEMUAN, kelompok orang Melayu-Proto. Mereka juga dikenal sebagai orang Melayu Asli dan Jakun. Kebanyakan kelompok ini boleh ditemui se Selangor dan Negeri Sembilan. Perkataan temuan diperkenalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) selepas banci penduduk pada tahun 1960.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
DEWAN ULAMA PAS

DEWAN ULAMA PAS, majlis ulama Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Majlis ini dianggotai oleh para ulama dan siswazah lulusan institusi pengajian tinggi Islam. Dewan Ulama PAS (DUP) bergerak di bawah PAS dan tertakluk kepada perlembagaannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KERATONKERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan se­bagainya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA

KAMUS BAHASA MELAYU-EROPAH PERTAMA, kamus yang disusun oleh Antonio Pigafetta, bangsawan Itali yang menyertai rombongan perdagangan Sepanyol di bawah pimpinan Fernando Magalhães. Setelah belayar selama tujuh belas bulan melewati Lautan Atlantik, Amerika Selatan dan Lautan Pasifik, rombongan  Sepanyol itu berlabuh di Nusantara di Pulau Samar, Filipina) pada bulan Mac 1521. Sememangnya pada zaman itu bahasa Melayu sudah pun berfungsi sebagai bahasa pengantara se-Nusantara termasuk hujung Filipina Timur. Hal ini dapat diketahui apabila hamba peribadi Magalhães, seorang Sumatera yang mengikuti pelayaran Sepanyol itu, dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Selama sembilan bulan rombongan Sepanyol itu mengunjungi beberapa buah bandar dan pulau di Filipina, Brunei dan Maluku, dan ke mana sahaja mereka belayar bahasa Melayu dituturkan.

BAHASAPenerbitan
TESTAMENT POLITIK API

TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata se