Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bila perlu letak sempanng selepas imbuhan se? Cthnya: se-Malaysia?TQTanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Cara penulisan yang betul ialah se-Malaysia, se-Nusantara dan se-Tanah Melayu.Tatabahasa15.08.2007
Imbuhan se-an wujud atau tidak... saya cari dalam tatabahasa dewan tiada imbuhan se-an.. cuma ada se- sekianAwalan "se- an" tidak ada dalam bahasa Melayu. Awalan "se" wujud dalam bahasa Melayu. Contohnya: secantik, sebaya dan setebal.Tatabahasa14.01.2017
Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa11.05.2012
Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah:
1. [paip]
2. [se.luar]
3. [se.0.rang]
4. [be.ra.da] / [ber.a.da]
5. [ke.a.da.an]
6. [mem.pu.nya.i]
Tokoh24.05.2012
semalaysia betulkah?Ejaan yang betul ialah se-Malaysia. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh lain: se-Nusantara dan se-Tanah Melayu.Ejaan21.06.2010
suku kata bagi SEBUAH ialah se/bu/ah atau se/buah?Suku kata bagi sebuah ialah se-buah.Lain-lain14.01.2011
Apakah cara sebutan yang betul bagi penyakit seliak (Celiac disease)? Adakah se.liak atau sé.liak? Atau adakah nama lain bagi penyakit dalam BM?Cara sebutan seliak ialah se.li.yakLain-lain30.08.2021
Pihak kami sedang dalam proses mendaftarkan persatuan baru dengan nama Persatuan Kontraktor Gas Se Malaysia dengan ROS/Pendaftar Pertubuhan. Soalan: Adakah perkataan Se perlu bergabung dengan perkataan Malaysia atau berasing menjadi Se Malaysia ? Sekian. Terima KasihEjaan yang betul ialah "Se-Malaysia". Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Ejaan27.04.2023
Salam sejahtera. Adakah kata "semakin" dikira sebagai imbuhan bagi kata "makin"? Sekian, terima kasih.Semakin ialah kata adjektif. Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar untuk membawa pengertian sama. Contohnya:

se+tinggi = setinggi
se+besar = sebesar
se+pandai = sepandai
Tatabahasa19.04.2022
Assalamualaikum, apakah istilah bahasa Melayu untuk frasa "actionable per se" dan "contractual entrants". Terima kasihWaalaikumsalam,

Saudara, pihak kami mencadangkan istilah bagi frasa "actionable per se" ialah perbuatan per se manakala  "contractual entrants" pula ialah peserta berkontrak

Terima kasih.
Istilah28.06.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata se