Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KERABAT DIRAJA

KERABAT DI RAJA, jalinan atau hubungan saudara­-mara raja termasuk saudara-mara terdekat dan saudara-­mara yang jauh. Perkataan kerabat berasal daripada bahasa Arab dan merujuk kepada keluarga yang terdekat. Perkataan kerabat dalam bahasa Melayu turut merang­kumi keluarga yang jauh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ORANG KANAQ

ORANG KANAQ, suku kaun Orang Asli daripada kelompok Melayu Asli atau Melayu Proto yang terdapat di negeri Johor. Istilah kanaq diperkenalkan oleh masyarakat ini tanpa sebarang penjelasan maksud. Mereka bertutur dalam dialek Kanaq di kalangan mereka dan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan orang luar.

Sejarah Asal Usul Orang Kanaq dari sebuah pulau di Kepulauan Riau, Indonesia dan dipercayai berhijrah ke Johor lebih kurang dua abad yang lalu. Mereka mengakui Kepulauan Riau merupakan tanah asal mereka dan mendakwa mempunyai saudara-mara di sana. Seramai 150 orang Kanaq dikatakan melarikan diri daripada orang Belanda ketika Belanda menyerang kerajaan Riau. Oleh sebab mereka menjadi hamba kepada Sultan Riau, mereka bersama-sama Sultan Riau melarikan diri ke Tanah Besar dan mendarat di Johor.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara-mara

Puisi
 

Mari kita memasang lukah,
     Dapat seekor ikan tenggalan;
Lepas itu bolehlah bernikah,
     Saudara-mara dapat berkenalan.



Lihat selanjutnya...