Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SATIRA

Satira ialah penggunaan ironi atau sindiran untuk

membidas sesetengah bentuk perlakuan manusia.

Kebanyakan satira muncul dalam kesusasteraan,

tetapi satira juga memainkan peranan yang penting

dalam bentuk-bentuk seni yang lain. Kebanyakan

penulis satira menyatakan bahawa mereka mahu

memaparkan dan merubah kelemahan manusia

seperti tamak dan megah diri. Tetapi ada juga

penulis satira yang hanya suka mencemuh kelakuan

manusia.

UMUM
NYE, BILL

Nye, Bill (18501896), penulis satira lucu Amerika

yang popular. Dia menjadi masyhur kerana

kemahiran menulis esei dan anekdot (cerita ringkas)

tentang pelbagai subjek daripada American West

kepada kewartawanan. Nye juga merupakan

pensyarah komik yang berjaya.

UMUM
SKELTON, JOHN

Skelton, John (1460?1529) ialah penulis satira

yang terkenal semasa zaman awal pemerintahan

keluarga diraja Tudor di England. Skelton tinggal

di istana, dan menjadi guru peribadi Henry VIII,

anak raja yang masih muda pada masa itu. Skelton

menjadi paderi pada tahun 1498, dan dari tahun

1502 berkhidmat sebagai paderi Diss di Norfolk.

UMUM
NASH, OGDEN

Nash, Ogden (19021971) ialah penulis

puisi jenaka dan satira Amerika yang popular. Dia

mencipta puisi yang unik di dalam bentuk yang

ringan.

UMUM
BUTLER, SAMUEL

Butler, Samuel (16131680) ialah penyair Inggeris

dan penulis satira. Dia paling terkenal kerana

puisinya yang panjang, Hudibras (bahagian 1,

1663; bahagian II,1664; bahagian III, 1678).

UMUM
POPE, ALEXANDER

Pope, Alexander (16881744) ialah penyair

Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an.

Satira puisinya yang dianggap sangat indah

mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia.

Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran

menjadikannya penulis yang paling digeruni di

England pada zamannya.

UMUM
MACAULAY, DAME ROSE

Macaulay, Dame Rose (18811958), penulis

British yang telah mendapat pengiktirafan pada

tahun 1920 melalui novel Potterism, sebuah satira

yang sebahagiannya fantasi dan sebahagiannya

pula tragedi.

UMUM
SWIFT, JONATHAN

Swift, Jonathan (16671745) ialah pengarang

Inggeris yang menulis Gullivers Travels (1726),

sebuah mahakarya kesusasteraan komedi.

Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan

oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea

dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau

membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat

melucukan dan menyenangkan. Swift

memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku

rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang

Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap

Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang

menjadi wira di Ireland Roman Katolik.

UMUM
SOYINKA, WOLE

Soyinka, Wole (1934 ) ialah penyair, penulis

drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia

menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan

pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba

boleh yang mampu mengubah penulisannya

antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah

dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan

teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum

Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah

novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season

of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang

diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958),

The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959).

UMUM
SENECA, LUCIUS ANNAEUS

Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?65 M.) ialah

negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik.

Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12

esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi,

satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama

tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan

oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama

tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh

dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada

kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka

berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan.

Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di

Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata satira