Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SARKAS

Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang

menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis

trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih

haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih

memainkan peranan penting dalam kebanyakan

sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu

menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan

sementara kumpulan pancaragam dan penghibur

dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi

warna-warni dan keseronokan.

UMUM
RINGLING BERSAUDARA

Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima

adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling

terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat.

Mereka ialah Albert (18521916), Otto (18581911),

Alfred (18611919), Charles (18641926), dan John

(18661936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan

organisasi membantu mereka membentuk satu

kumpulan kecil pembuat persembahan yang

menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia.

UMUM
TEATER

Teater ialah persembahan secara langsung yang

dilakukan di hadapan para penonton. Teater

melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas

hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih

tradisional, teater ialah bentuk seni yang

melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan

skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang

pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang

dicipta oleh penulis drama. Persembahan

dilakukan di hadapan penonton di ruang yang

direka bentuk bagi tujuan itu.

UMUM
KNIGHT, DAME LAURA

Knight, Dame Laura (18771970) ialah pelukis

Inggeris yang terkenal kerana lukisannya tentang

balet, sarkas, dan kehidupan orang gipsi. Stail

lukisannya yang hidup dan asli serta penggunaan

warna, yang terang memberi kekuatan kepada

lukisan-lukisannya.

UMUM
BUCK, FRANK

Buck, Frank (18841950), pengumpul hidupan

liar Amerika. Dia mengelilingi dunia mencari

binatang untuk zoo dan sarkas.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarkas