Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUSYAWARAH | MUSYAWARAH , kaedah yang digunakan oleh anggota masyarakat, khususnya pemimpin, untuk meninjau dan membulatkan pendapat dan saranan ramai tentang masalah yang melibatkan kepentingan bersama. Musyawarah dijalankan atas prinsip tertentu yang harus dijunjung dan dipelihara bersama bagi menjamin keutuhan masyarakat tersebut. Sejak mula diamalkan dalam masyarakat purba hingga sekarang, musyawarah merupakan satu amalan demokrasi yang bertindak sebagai penghalang kepada merebaknya kepimpinan autokratik. Dalam Islam, musyawarah terbit daripada konsep syuro yang bermaksud bermesyuarat beramai-ramai untuk membincangkan kepentingan ummah dan menyelesaikannya menurut hukum syariah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kaedah |
EJA | EJA, persatuan yang khusus untuk wartawan hiburan. EJA ialah singkatan bagi Entertainment Journalists Association of Malaysia (Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Januari 1979 di Kuala Lumpur. Idea awal penubuhannya dikemukakan olah Khalid Jefri, Pengarang Kumpulan Majalah Utusan Melayu ketika itu, agar semua wartawan hiburan bersatu dalam menjalankan tugas mencari bahan berita dan rencana untuk media masing-masing. Persatuan ini juga ditubuhkan bertujuan untuk menambah bilangan wartawan hiburan dan penulis berita hiburan yang mantap, sesuai dengan saranan Menteri Penerangan pada waktu itu, Mohamad Rahmat. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
|
|