Kata |
Takrif |
Sumber |
santapan | makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
santapan | , persantapan 1. makanan dan minuman, hidangan: tengah baginda di penghadapan diangkat dayang nasi ~; 2. ki bahan bacaan yg menarik dan mencetuskan pemikiran: akhbar-akhbar tempatan jarang benar dapat membekalkan ~ yg berfaedah utk pembaca. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santapan | makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. | Kamus Pelajar |
perjamuan suci | Id santapan yg diadakan oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perjamuan | perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santap bd, = bersantap | menyantap memakan atau meminum: Baginda sedang ~ makanan yg disajikan. santapan makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. | Kamus Pelajar |
santap | bd, = bersantap makan atau minum (digunakan oleh raja-raja): Baginda telah ~ bersama-sama gabenor itu. menyantap memakan atau meminum: Baginda sedang ~ makanan yg disajikan. santapan makanan atau minuman; apa-apa yg disantap. persantapan hidangan makanan atau minuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jamu I | ; berjamu 1. melayani atau memberi makan dan minum kpd orang(-orang) lain (tetamu): mereka sedang sibuk ~; 2. pergi berkunjung (bertandang): ~ ke rumah Ali; menjamu, menjamui, memperjamu memberi makan dan minum kpd orang-orang lain (tetamu): mereka ~ sekalian orang yg datang itu; mereka itu sekalian di(per)jamu minuman teh dan kopi; ~ mata ki melihat sekehendak hati (barang-barang yg dipamerkan dll); ~ selera makan dgn sepuas-puasnya: mereka ~ selera dgn makanan yg dihidangkan; jamuan 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan; ~ berselerak jamuan apabila tetamu duduk berselerak dan mengambil makanan sendiri di suatu tempat yg telah disediakan; ~ besar majlis jamuan utk bilangan jemputan yg ramai dan biasanya diikuti oleh ucapan bankuet; ~ negara jamuan besar yg diadakan oleh kerajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing yg mengunjungi negara secara rasmi); ~ ringan makanan yg tidak berat (spt kuih, buah-buahan, dsb) dihidangkan; ~ teh majlis yg menyajikan teh, minuman, dan makanan ringan lain; perjamuan perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian); penjamuan perbuatan menjamu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
food | n makanan; (for royalty) santapan: frozen ~s, makanan sejuk beku; breakfast ~, makanan pagi; cat ~, makanan kucing; ~ value, nilai makanan; ~ rationing, catuan makanan; ~ for /thought, reflection, etc/, bahan renungan; be off os ~, tdk ada selera. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ambrosial | adj 1. divine, dewa-dewi: ~ food, santapan dewa-dewi; 2. divinely fragrant, harum: ~ gardens, taman yg harum. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ambrosia | n 1. food of the Greek, Roman gods, santapan dewa-dewi; 2. st delightful to smell, bau yg harum; 3. st delightful to taste, makanan yg /lazat, enak, sedap/; 4. see BEE-BREAD. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
gelibuh Kd Mb | nyiru besar. | Hidangan itu akan diisi ke dalam sebuah gelibuh, iaitu sebuah nyiru besar. Di dalam gelibuh itu harus diisi dengan beberapa benda yang akan menjadi hidangan dan santapan kepada semangat padi itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
santapan | [san.ta.pan] | سانتڤن |
|
Puisi |
---|
|
Tumbuk tepung buat lepat, Beri santapan Raja Cina; Saya kepung harap mendapat, Saya tak tahu orang punya.
Lihat selanjutnya... |
|