Kata |
Takrif |
Sumber |
sangkan | laki-laki yg bertabiat perempuan, banci, papak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguja | 1. menaikkan semangat (ayam dll) supaya menyerang lawan, memberang-sangkan, menggalakkan: maka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya; 2. ki membangkitkan hati orang supaya marah dll, memberangsangkan, memberanikan, menghasut; sungguh diuja, dipegang ekor prb walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uja | ; menguja 1. menaikkan semangat (ayam dll) supaya menyerang lawan, memberang-sangkan, menggalakkan: maka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya; 2. ki membangkitkan hati orang supaya marah dll, memberangsangkan, memberanikan, menghasut; sungguh diuja, dipegang ekor prb walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya; teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang: Saya berasa seronok dan ~, kata seorang pemuda yg menyertai tunjuk perasaan itu; keterujaan perihal (keadaan, sifat dsb) teruja: program yg bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya; oja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenggundi bunga | sj tumbuhan (pokok), bunga merjagung, jenjagung, mepagar, mertajung, pagar anak betina, pagar anak hitam, pagar anak merah, sangkan merah, Ixoanthes icosandran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenggundi | 1. sj tumbuhan (pokok), lebar, Vitex negundo; 2. sj tumbuhan (pokok), mata ayam (kucing), sirih puyuh, Ardnia crispa; ~ bulan sj tumbuhan (pokok renek), ladalada, lelada, Ervatamia malaccensis; ~ bunga sj tumbuhan (pokok), bunga merjagung, jenjagung, mepagar, mertajung, pagar anak betina, pagar anak hitam, pagar anak merah, sangkan merah, Ixoanthes icosandran; ~ pasir sj tumbuhan (herba atau pokok renek), dilam, nilam jantan, kesum bukit, Hemisgraphis confinis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengejutkan | 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam;; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejut | kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sangkan | [sang.kan] | سڠکن |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangkan |
|
|