Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam Tuan/Puan, mohon nasihat berkenaan penggunaan perkataan "dalam/pada" yang betul bagi ayat yang diterjemah ini. "Create a new file or create a backup in your old phone." - Adakah jawapan (1) Cipta fail baharu atau sandaran dalam telefon lama anda. ATAU (2) (1) Cipta fail baharu atau sandaran pada telefon lama anda. Terima kasih

Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat Create a new file or create a backup in your old phone ialah  

“Cipta fail baharu atau fail sokongan pada telefon lama anda”.


Makna17.02.2023
Saya dapati kebanyakan data yang dijadikan sandaran untuk dijadikan sistem tatabahasa Melayu bukannya bersandarkan kepada korpus bahasa, tetapi lebih kepada pembentukan data yang "dicipta" sendiri. Mengapakah korpus bahasa Melayu tidak dijadikan sebagai premis utama dalam pembentukan sistem tatabahasa bahasa Melayu?Untuk makluman saudara korpus bahasa Melayu merupakan antara bahan utama yang digunakan dalam proses penyusunan pedoman,kamus dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Buku-buku tentang tatabahasa dan ilmu linguistik terbitan pihak luar juga dijadikan bahan rujukan sebelum sesuatu rumusan dibuat.     Lain-lain17.07.2008
Saya masih keliru, kenapa perkataan tertakluk dan bergantung mesti diikuti dengan kata sendi nama "pada" dan bukannya "kepada"? Apakah pertimbangan atau rujukan yang dibuat bagi menentukan sendi nama itu bagi perkataan-perkataan ini. Saya telah melihat PRPM. Alasan yang diberikan antara lainnya menyebut "frasa yang betul ialah "bergantung pada" kerana sendi nama pada digunakan sandaran kepada bergantung, begitu juga tertakluk". Jadi, kenapa kata sendi "kepada" tidak boleh jadi sandaran kepada kedua-duanya ini sedangkan jika dilihat kepada maksud, ia juga boleh dijadikan sandaran. Bergantung kepada keadaan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Saya dapati ada juga jawapan yang menyatakan kalau kepada orang contohnya awak, boleh pula guna kepada, contoh "tertakluk kepada awak". Tiada mana-mana penjelasan terdahulu yang menyatakan "tertakluk pada" adalah pada benda atau abstrak, manakala "tertakluk kepada" kepada manusia. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Menurut buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (hlm. 272) kata sendi nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk kepada manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama “pada” pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat dan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi sesuatu kata kerja (perkara ini membawa maksud sandaran).

Oleh itu, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “kepada” adalah untuk menunjukkan maksud sasaran. Manakala, salah satu daripada fungsi kata sendi nama “pada” adalah untuk menunjukkan maksud sandaran. Jadi, penggunaan frasa yang betul ialah "bergantung pada atau tertakluk pada", iaitu membawa maksud sandaran bukannya kepada yang membawa maksud sasaran.

Tatabahasa09.04.2020
Maksud Dependant dalam bahasa malaysiaMaksud dependant ialah tanggungan, kebergantungan atau sandaran bergantung pada konteks dan bidang.Makna22.07.2010
maksud lain bagi terasasas,dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang,pokok,prinsip dan rukun. Rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan.Makna21.03.2008
Assalamu alaikum. Mohon diberikan ejaan Jawi perkataan-perkataan berikut: 1. Subtopik 2. i-Think 3. Berputus asa 4. Mendoakan 5. Sandaran 6. Haluan 7. Harimau 8. Zink 9. Pegawai Bank 10. Wawasan Terima kasih. Ejaan06.01.2017
Bolehkah Title Transfer Collateral Arrangement diterjemahkan kepada Pengaturan Cagaran Pemindahan Hak Milik?Terima kasihDalam data kami collateral bermaksud cagaran atau sandaran. Jika konteks yang dimaksudkan ialah cagaran, maka terjemahan yang dicadangkan boleh diterima.Penyemakan dan penterjemahan11.12.2018
Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih.Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak).Makna27.06.2011
keperluan asas'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. Lain-lain03.04.2008
Salam, Dalam aplikasi tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi : a) placeholder b) Placeholder image c) Ground/Sky color d) Fetching Chapter e) There may be a slight jiggering effect. therefore only enable this feature if you are targeting older devices. f) Can't load nodes g) Remove from Favorites Terima kasih.Cadangan terjemahan kami ialah.
(a) Sandaran
(b) Imej sandaran
(c) Warna alam
(d) Pengambilan bab
(e) Kemungkinan terdapat sedikit kesan kejorongan, maka perlu menggunakan peranti lain
(f) Tidak boleh muat nod
(g) Sisihkan daripada Carian
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandaran