Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kalau helat hendak ramai, Sanak saudara jangan lupakan; Kalau adat hendak dipakai, Letakkan dia dengan kebaikan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara.Pantun Melayu SarawakNasihat
Yang berada sudahlah pergi, Niat membawa sanak saudara; Orang muda berpatah hati, Surat cintanya ditolak semua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah pinang terbelah dua, Sayang dibelah oleh Cik Dayang; Apa dikenang sanak-saudara, Memang sudah nasib berdagang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Jambu muda dari Rawa, Gugur bersepah di kebun Pak Ali; Tinggallah semua sanak-saudara, Saya pergi jangan dicari.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sanak-saudara

Puisi
 

Jambu muda dari Rawa,
     Gugur bersepah di kebun Pak Ali;
Tinggallah semua sanak-saudara,
     Saya pergi jangan dicari.



Lihat selanjutnya...