Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
tuan, yang manakah ejaan yang betul? sanak saudara atau sanak-saudaraEjaan yang betul ialah sanak saudara.Ejaan16.07.2012
Assalamualaiakum Saya keliru dnegan Golongan Kata bagi perkataan sanak saudara dan sahabat handai. Adakah kedua-duanya tergolong dalam Golongan Kata Majmuk atau Kata Ganda Berirama? Mohon penjelasan pihak tuan.Sanak saudara dan sahabat handai merupakan kata majmuk. Tatabahasa28.06.2021
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga"Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan".Tatabahasa30.10.2014
Maksud 'Keluarga'Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat, sanak- saudara; seisi rumahtangga (terdiri daripada suami, iesteri berserta anak-anak).Makna24.06.2008
definisi keluargaKeluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725.Makna22.06.2008
Syafiq Abdullah AHA 12.01 PTG Salam. Saya ada satu persoalan mengenai "sebatang kara" yang bermaksud tinggal seorang diri tiada sanak saudara. Persoalannya adalah apakah itu "kara"? Merujuk kepada apa. Sekian, terima kasih.Sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna dan contoh penggunaan sesuatu perkataan.Makna09.07.2017
Syafiq Abdullah 9HB JULAI 12.01 PTG Salam. Saya ada satu persoalan mengenai "sebatang kara" yang bermaksud tinggal seorang diri tiada sanak saudara. Persoalannya adalah apakah itu "kara"? Merujuk kepada apa. Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam. Sebatang kara tergolong dalam peribahasa. Peribahasa ialah warisan nenek moyang orang Melayu. Orang Melayu dahulu kala mencipta peribahasa melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan atau persekitaran kehidupan mereka. Sekian. Terima kasih.Makna09.07.2017
penggunaan perkataan serta & dan dalam ayatKata "dan" digunakan apabila menghubungkan dua perkataan atau ayat. Contoh ayat:

1. Sanak saudara dan ipar-duai
2. Ada orang yang sibuk memasak dan ada pula yang leka berbual.

 Penggunaa "serta" digunakan bagi menggantikan maksud dan juga. Contoh ayat:

 1. Dia memberi salam serta menjemput kami masuk.  

Selain itu, kata sendi dan/serta boleh juga digunakan dalam satu ayat. Contoh ayat:

1. Permuafakatan murid dan pelibatan ibu bapa serta komuniti. 
Lain-lain11.09.2020
Apakah perbezaan maksud "bangsa" dengan "kaum"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "bangsa" ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan manakala "kaum" ialah 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa 3. Keluarga, sanak-saudara 4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat)Istilah01.10.2015
Salam Sejahtera, Soalan 1 : Saya ingin mendapat penjelasan tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' yang betul yang mudah difahami serta teknik mudah untuk diajar kepada pelajar-pelajar? Soalan 2 : Penggunaan kata 'ia' sesuai untuk manusia? Soalan 3 : Fungsi dan penggunaan imbuhan 'memper...' dan 'memper...kan' yang tepat. soalan 4 : Yang manakah betul penggunaannya? a)ibu bapa, b)ibu-bapa a)suami isteri, b)suami-isteri a)sanak saudara,b) sanak-saudara a)ipar duai, b)ipar-duai Berdasarkan, kata-kata yang disenaraikan, apakah relevan dan rasional penggunaan tanda sempang bagi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu?

1. Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

2. Ia kata ganti nama diri ketiga (untuk manusia) dan boleh juga digunakan bagi merujuk benda yang dibicarakan.

3. Awalan memper-... digunakan dengan kata adjektif, manakala apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman  177.

4. Ejaan yang betul ialah ibu bapa, suami isteri, sanak saudara dan ipar-duai. Tanda sempang digunakan bagi perkataan berganda yang menunjukkan banyak/ramai.

Tatabahasa04.12.2009
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sanak-saudara

Puisi
 

Jambu muda dari Rawa,
     Gugur bersepah di kebun Pak Ali;
Tinggallah semua sanak-saudara,
     Saya pergi jangan dicari.



Lihat selanjutnya...