Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah di antara dua ayat ini betul? (1) Didapati sampel adalah tercemar. (2) Sampel didapati tercemar. | Ayat yang lebih tepat ialah ayat kedua: Sampel didapati tercemar. | Tatabahasa | 19.04.2016 |
Would you translate "Five samples per tree" as "Lima sampel per pokok", or "Lima sampel sepokok"? | Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "Lima sampel setiap pokok". | Lain-lain | 13.04.2022 |
Would you translate Five sample per tree as Lima sampel per pokok, or Lima sampel sepokok? | Jawapan yang sesuai berdasarkan ayat tersebut ialah "Lima sampel setiap pokok". | Lain-lain | 13.04.2022 |
Sekolah A mempunyai sampel 'belajar' aritmetik mental yang paling banyak... Seramai 39 orang telah diambil sebagai sampel. Soalan: Adakah perlu 'belajar' diganti dengan 'pelajar', 'pembelajaran', 'pelajaran' atau 'pengajaran' ? | Terima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, ayat yang dikemukakan oleh saudara ini boleh digunakan memandangkan ayat ini sudah boleh difahami dan digunakan. Terima kasih. | Lain-lain | 11.01.2007 |
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih. | Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya: item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan) Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar. sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian) Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading. | Istilah | 15.08.2016 |
grab sampling | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna atau padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu, padanannya ialah persampelan cekau (bidang kejuruteraan). Maksudnya pengambilan sampel tunggal bagi air, sisa dan udara yang diambil dalam tempoh yang singkat. Sampel ini tidak mewakili kadar panjang pada tapak persampelan. | Lain-lain | 22.08.2010 |
Perkataan seal dipadankan denganmelak. Kami bercadang untuk menggunakan padanan mengelak. Bolehkah padanan ini digunakan dan adakah ia teratur dari sudut tatabahasa? Sebagai contoh dalam konteks ini: (1) Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta melak atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.. Terima kasih. | Padanan seal dalam bidang undang-undang ialah tutup; materi; mohor; kedap; dan anjing laut bergantung pada konteks penggunaannya. Berdasarkan konteks ayat yang diberi cadangan kami seal diterjemahkan kepada tutup/menutup - Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta menutup atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.
| Istilah | 28.05.2021 |
dalam penulisan ilmiahpenyelidikan bolehkah saya menggunakan perkataan pelajar untuk sampel yang terdiri daripada individu yang belajar di sekolah . | Salam sejahtera, Penggunaan perkataan pelajar dalam penyelidikan ilmiah puan adalah tepat. Pelajar merujuk kepada mereka yang sedang belajar di sekolah. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 08.05.2020 |
Adakah format penyuratan rasmi 70-an sama dengan zaman kini? Jika tidak , sila tunjukkan sampel surat rasmi 70-an . Terima kasih. | Sdr.Emy, Buat masa ini saya tidak mempunyai surat yang ditulis atau contoh surat yang ditulis pada tahun 70-an. Secara umumnya memang terdapat sedikit perubahan / perbezaan. | Lain-lain | 13.04.2010 |
Tuan'Puan; Apakah padanan yang sesuai bagi "restricted" - "dilarang" dalam ayat di bawah: Sumber: Your samples will not be used in restricted human biomedical research involving human-animal combinations. Sasaran: Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang yang melibatkan gabungan manusia dan haiwan. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Cadangan ayat "Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang melibatkan gabungan manusia dan haiwan" adalah betul dalam penggunaan bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.06.2021 |