Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ONTARIO

Ontario (pend. 10 084 885) ialah provinsi Kanada.

Kira-kira satu per tiga daripada penduduk Kanada

tinggal di Ontario. Industri perkhidmatan

mendatangkan pendapatan yang besar kepada

Ontario. Industri pembuatan di Ontario

mengeluarkan keluaran yang sama banyak

dengan keluaran sembilan provinsi lain yang

digabungkan. Ontario merupakan provinsi

pertama antara provinsi Kanada yang meraih

pendapatan melalui pertanian dan menduduki

tempat kedua selepas Alberta dalam bidang

perlombongan. Ontario mempunyai lombong

nikel, uranium, dan emas.

UMUM
SINONIM

Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau

hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim

berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna

berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila

satu kata boleh digunakan untuk maksud yang

sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata

itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara

yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia

mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang

lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin

kedua-duanya boleh digunakan untuk

menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak

menggunakan kata stupid untuk menerangkan

mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya

bahasa dengan membantu penutur, atau penulis

menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang

tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang

membosankan.

UMUM
MENENUN

Menenun ialah proses membuat pakaian dengan

menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah

antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan

selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui

tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang

dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera,

dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon

dan orlon juga popular.

UMUM
TETELUK

Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar

yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan.

Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai

banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya,

banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab

persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan

Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir.

Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di

sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah

kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan

sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut.

Dalam kes lain, gelinciran berlaku iaitu, kerak

bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang

menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam

kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan

yang tenggelam.

UMUM
KEJELEKITAN

Kejelekitan ialah daya yang menyatukan bahan.

Kejelekitan terhasil daripada tarikan yang ada

pada semua atom dan molekul terhadap satu

sama lain. Tarikan ini banyak berkurangan apabila

jarak di antara molekul sesuatu bahan bertambah.

UMUM
TAKAT EMBUN

Takat embun ialah suhu apabila lembapan dalam

udara mula terpeluwap. Takat embun sama ada

lebih rendah daripada suhu udara atau sama

dengan suhu udara apabila kelembapan relatif

adalah 100 peratus. Embun terbentuk apabila

lapisan udara yang nipis, yang bersentuhan dengan

permukaan, disejukkan di bawah takat embun.

Penyejukan udara ini menghasilkan embun di

permukaan atau kabut di udara, apabila takat embun

di atas takat beku. Jika suhu udara dan takat embun

di bawah takat beku, fros terbentuk di permukaan,

atau hablur ais terbentuk di udara. Kabut dan awan

terbentuk apabila banyak udara disejukkan di

bawah takat embun.

Lihat juga Embun; Fros; Kabut; Kelembapan.

UMUM
RASA

Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan

banyak haiwan. Rasa makanan membantu

menentukan apa dan berapa banyak yang kita

makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya

tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak

seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau

benda. Apabila kita mendapat selesema dan

hidung kita tersumbat, sesetengah makanan

mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan

hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan

makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai

rasa.

UMUM
PUMIS

Pumis ialah sejenis kaca asli berwarna putih

kekelabuan yang mempunyai banyak rongga halus.

Pumis merupakan bahan melelas, menggosok, dan

menggilap yang berharga sama ada dalam bentuk

serbuk dan juga sebagai batu pumis.

UMUM
TEPUNG UBI KAYU

Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang

banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil

daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika

dalam famili yang sama dengan kacang jarak . Kuih

yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah

berkhasiat dan mudah dihadam.

UMUM
PROTESTANISME

Protestanisme ialah nama umum bagi beratus-

beratus mazhab dan taifah Kristian yang mempunyai

sedikit atau banyak perbezaan di antara satu sama

lain. Kira-kira 380 juta manusia kira-kira tujuh

peratus penduduk dunia tergolong dalam

pelbagai kumpulan Protestan ini. Di kalangan

badan-badan agama Kristian, hanya Gereja Roman

Katolik mempunyai ahli yang lebih ramai.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama banyak

Puisi
 

Banyak-banyak gula kuragi,
     Tidaklah sama bunga paku;
Banyak-banyak tempat kupergi,
     Tidaklah sama si Jongok Batu.



Lihat selanjutnya...