Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah terjemahan yang betul untuk 'anywhere'? Adakah 'di mana sahaja' salah? Adakah 'di mana-mana sahaja' sahaja yang boleh digunakan? | Di mana-mana sahaja. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
Adakah ayat tersebut memenuhi aspek penggunaan bahasa jika berlaku kesalahan penggunaan perkataan yang berulang? contohnya seperti sahaja sahaja | Untuk makluman pihak puan, DBP boleh membantu menyemak dokumen yang disertakan dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen puan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.02.2021 |
Yang manakah yg betul : Bukan itu sahaja atau bukan sahaja itu Terima kasih | Frasa yang baku ialah ...bukan itu sahaja, iaitu kata nafi (bukan)+kata ganti nama tunjuk(itu)+kata tugas (sahaja). | Tatabahasa | 30.01.2015 |
Dadah _____ menyebabkan ketagihan _____ juga turut membawa maut. Ayat tersebut perlu guna bukan sahaja...malahan ataupan bukan sahaja--- tetapi | Perkataan yang betul ialah bukan sahaja dan malahan. Contoh dalam ayat, Dadah bukan sahaja menyebabkan ketagihan, malahan juga turut membawa maut. | Tatabahasa | 23.10.2021 |
Adakah menggunakan perkataan 'sahaja' dan 'hanya' dalam satu ayat dianggap lewah? Contohnya, "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." Terima kasih. | Penggunaan 'sahaja' dan 'hanya' dalam ayat "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." pada pandangan saya tidak lewah tetapi sebagai penegasan. | Tatabahasa | 23.10.2018 |
....membeli barang yang benar-benar perlu sahaja atau ....membeli barang yang perlu benar-benar sahaja. | Frasa yang betul ialah "membeli barang yang benar-benar perlu sahaja". | Tatabahasa | 20.09.2013 |
Salam, saya ingin bertanya..Adakah perlu ditambah perkataan 'sahaja' dalam ayat ini? Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat. Ataupun jika dimasukkan 'sahaja', ayat tersebut akan menjadi 'Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab peminat sahaja'.. Yang manakah betul? Terima kasih | Ayat "Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat" ialah ayat yang gramatis. Tidak perlu diakhiri dengan perkataan sahaja dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Tuan, adalah terdapat perbezaan maksud bagi ayat apabila perkataan 'hanya' diletakkan di tempat yang berbeza iaitu: 1. Seseorang pegawai hendaklah "hanya" menjalankan tatacara yang tersenarai sahaja 2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tatacara yang "hanya" tersenarai sahaja | Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. Maka ayat tuan/puan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut: (a) Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut. Atau (b) Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. | Tatabahasa | 08.03.2018 |
Bolehkah perkataan HANYA dan SAHAJA berada dalam satu ayat. Sebagai contoh : Bagaimanapun, bayaran pendahuluan ini HANYA dibenarkan kepada kontraktor kerja tempatan SAHAJA dan tidak terpakai kepada kontraktor pusat, kontrak yang dibuat secara berpusat oleh mana-mana agensi Kerajaan dan perkhidmatan perunding. Pada pandangan Ketua Pejabat saya, ia tidak boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Pandangan Ketua pejabat tuan adalah betul. Perkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja' kerana dianggap lewah. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
adakah penggunaan kata hubung berpasangan bukan sahaja... bahkan juga sama dengan bukan sahaja ... tetapi juga? boleh beri ayat sebagai contoh? adakah terdapat perbezaan antara kedua2 kata hubung berpasangan ini? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Diingatkan bahawa Tatabahasa Dewan tidak menerima kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Contoh ayat Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 21.03.2013 |