Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah terjemahan yang betul untuk 'anywhere'? Adakah 'di mana sahaja' salah? Adakah 'di mana-mana sahaja' sahaja yang boleh digunakan?Di mana-mana sahaja.Tatabahasa20.08.2015
Adakah ayat tersebut memenuhi aspek penggunaan bahasa jika berlaku kesalahan penggunaan perkataan yang berulang? contohnya seperti sahaja sahajaUntuk makluman pihak puan, DBP boleh membantu menyemak dokumen yang disertakan dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen puan kepada aliah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan03.02.2021
Yang manakah yg betul : Bukan itu sahaja atau bukan sahaja itu Terima kasih

Frasa yang baku ialah ...bukan itu sahaja, iaitu kata nafi (bukan)+kata ganti nama tunjuk(itu)+kata tugas (sahaja).

Tatabahasa30.01.2015
Dadah _____ menyebabkan ketagihan _____ juga turut membawa maut. Ayat tersebut perlu guna bukan sahaja...malahan ataupan bukan sahaja--- tetapi

Perkataan yang betul ialah bukan sahaja dan malahan. Contoh dalam ayat, Dadah bukan sahaja menyebabkan ketagihan, malahan juga turut membawa maut.

Tatabahasa23.10.2021
Adakah menggunakan perkataan 'sahaja' dan 'hanya' dalam satu ayat dianggap lewah? Contohnya, "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." Terima kasih.Penggunaan 'sahaja' dan 'hanya' dalam ayat "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." pada pandangan saya tidak lewah tetapi sebagai penegasan.Tatabahasa23.10.2018
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
....membeli barang yang benar-benar perlu sahaja atau ....membeli barang yang perlu benar-benar sahaja.Frasa yang betul ialah "membeli barang yang benar-benar perlu sahaja".Tatabahasa20.09.2013
Salam, saya ingin bertanya..Adakah perlu ditambah perkataan 'sahaja' dalam ayat ini? Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat. Ataupun jika dimasukkan 'sahaja', ayat tersebut akan menjadi 'Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab peminat sahaja'.. Yang manakah betul? Terima kasihAyat "Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat" ialah ayat yang gramatis. Tidak perlu diakhiri dengan perkataan sahaja dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.03.2013
Tuan, adalah terdapat perbezaan maksud bagi ayat apabila perkataan 'hanya' diletakkan di tempat yang berbeza iaitu: 1. Seseorang pegawai hendaklah "hanya" menjalankan tatacara yang tersenarai sahaja 2. Seseorang pegawai hendaklah menjalankan tatacara yang "hanya" tersenarai sahajaPerkataan hanya dan sahaja tidak boleh digunakan dalam satu ayat. Dalam satu ayat yang baik, penggunaan 'hanya' dan 'sahaja' tidak disekalikan. Sekiranya menggunakan 'hanya', tidak disusuli dengan 'sahaja'  kerana dianggap lewah. Maka ayat tuan/puan boleh dibentuk salah satu daripada yang berikut:
(a)   Dia sahaja yang boleh melakukan aksi tersebut.    Atau
(b)   Hanya dia yang boleh melakukan aksi tersebut. 
Tatabahasa08.03.2018
1. Swie Lan memang/sahaja suka berjoging pada waktu petang. Mengapa jawapan memang betu? atau mengapa jawapan sahaja salah?Perkataan "memang" sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan lihat perbezaan makna memang dan sahaja.Tatabahasa30.07.2012
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sahaja;

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
529

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Kera menjadi monyet

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : kera menjadi monyet.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...