Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
rumah melayu tradisional atau rumah tradisional melayuJawapan yang betul ialah rumah melayu tradisional.Tatabahasa21.04.2010
1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok  3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung  ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau meng­ikut tradisi,  
2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas.
Makna29.11.2012
maksud warisan tradisional? faktor yang menyebabkan warisan tradisional semakin merosot?Warisan tradisional ialah bahan-bahan sama ada benda atau bukan benda seperti rumah Melayu lama (benda) dan pantun (bukan benda) yang menjadi lambang atau identiti sesebuah bangsa atau suku kaum. Untuk menyatakan bahawa warisan tradisional semakin merosot pada hari ini adalah sesuatu yang subjektif.Lain-lain12.02.2008
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan dan terjemahan Bahasa Inggeris yang betul. 1. Tunjuk langit- Finial 2. Rumah Pemeleh Kelantan- Kelantanese pemeleh house Terima kasihMenurut istilah bahasa Melayu, terjemahan bagi "Finial" ialah bentuk hiasan atas, tepi atau mana-mana pada bahagian sesuatu. Konsep yang betul ialah pemeleh rumah, iaitu papan yang digunakan sebagai salah satu komponen hiasan bumbung Rumah Melayu Tradisional Kelantan.Penyemakan dan penterjemahan01.04.2022
1