Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
saya wakil rumah kebajikan ingin bertanya berkenaan dengan pengesahan bahasa pada papan iklan yang kami mohon daripada DBKL. papan iklan yang kami mohon bertulis Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan. di sini saya hendak pastikan bahawa penggunaan bahasa tersebut betul atau salah?Penamaan yang betul ialah "Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa". Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk membuat permohonan iklan secara dalam talian sebelum dikemukakan kepada Jabatan Pelesenan, DBKL. Tatabahasa22.06.2011
Apakah panggilan untuk orang yang menguruskan rumah kebajikan dan rumah orang tua ? Sekian, terima kasih.Tidak ada satu perkataan yang khusus, tuan menggunakan perkataan pengurus atau penyelia rumah kebajikan.Tatabahasa19.05.2013
Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat ini? TKKumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip derma secara haram sejurus memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu negara. Perkataan bergaris ialah perkataan yang tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk memastikan penggunaan perkataan yang betul dan binaan ayat yang gramatis.Tatabahasa05.11.2014
1. Rumah batu di tepi sawah itu beratap/beratapkan genting. Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? 2. Izana berkhidmat sebagai sukarela di rumah kebajikan. Adakah ayat ini betul? Tolong tuan terangkan jika ayat ini salah. 3. Cahaya lampu yang tersilau/menyilaukan itu menyakitkan mata saya. Bolehkah tuan menerangkannya kepada saya. Sekian terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Rumah batu di tepi sawah itu beratapkan genting."

Bezanya adalah seperti berikut:

  • beratap

    mempunyai (memakai) atap, dibubuh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~;
  • beratapkan

    mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting;
  •  

    2. Ayat yang betul ialah "Izana berkhidmat secara sukarela di rumah kebajikan."

    3. Ayat yang betul ialah "Cahaya lampu yang menyilaukan itu menyakitkan mata saya."

  • menyilaukan

    menyebabkan menjadi silau: sinar matahari itu sungguh ~ mataku;
  • tersilau

    menjadi silau;
  •  

    Tatabahasa07.12.2009
    apakah maksud/definisi "warga tua tidak wajar diletakkan di rumah kebajikan"?

    Maksud yang dapat kami fikirkan ialah sebagai anak yang telah dibesarkan dan dipelihara sejak kecil oleh kedua-dua ibu bapa seharusnya apabila mereka tua adalah menjadi tangungjawab kita pula untuk menjaga mereka dan janganlah sesekali kita menghantar mereka ke rumah  kebajikan atau rumah jagaan orang tua-tua.     

    Tatabahasa15.02.2009
    1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?)

    1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung.

    2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan.

    3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur.

    4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 

    5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang.  

    6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 

    7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. 

    Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. 

    Tatabahasa21.10.2011
    1. Saya ingin mohon khidmat nasihat berkaitan istilah-istilah SOP yang sedang digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar istilah yang digunakan adalah selaras di peringkat jabatan. Contoh penggunaan istilah yang merujuk kepada SOP adalah seperti berikut: i) Prosedur Tetap Operasi Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga ii) Prosedur Operasi Standard Perintah Khidmat Masyarakat iii) Peraturan Tetap Operasi Penguatkuasaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan 2. Sehubungan itu, perkara ini dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan pandangan dan penyeragaman penggunaan istilah tersebut. Sekian, terima kasihPadanan standard operating procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah "tatacara pengendalian piawai", "tatacara pengendalian standard", "prosedur pengendalian standard" dan "prosedur operasi standard". Walau bagaimanapun, istilah "prosedur operasi standard" paling banyak digunakan khususnya dalam dokumen rasmi kerajaan. Istilah22.02.2022
    Salam, Saya pelajar PhD bidang Kerja Sosial (Social Work) UKM ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkataan berikut: 1. Assessment 2. Evaluation Penerangan Untuk perkataan 'assessment' pekerja social atau pegawai kebajikan akan melakukan 'assessment' berkaitan situasi klien yang dirujuk kepada mereka. Diantara proses-proses 'assessment' yang dilakukan ialah seperti berjumpa klien, bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi, melawat ke rumah klien untuk melihat situasi dan persekitaran tempat tinggal mereka, bertanyakan jiran-jiran , keluarga rapat klien, agensi-agensi-agensi berkaitan misalnya sekolah, pejabat kesihatan, pejabat agama, majikan keluarga klien bekerja dan sebagainya. Pekerja social akan menyediakan laporan social(untuk kes bantuan, warga emas, perpindahan sekolah, tujuan pelesan/pembebasan daripada institusi), laporan pelindung (jika kes berkaitan penderaan kanak-kanak), laporan akhlak(jika kes juvana terlibat salahlaku), laporan pengangkatan (kes anak angkat) Jadi, di sini apakah terma yang paling sesuai digunakan untuk 'assessment;' dalam konteks kerja social ini? Sekian, harap dapat memahami konteks yang saya maksudkan. SOPIAN BRAHIM Calon PhD Kerja Sosial UKMAssessment dalam ungkapan umum diterjemahkan kepada penilaian atau penaksiran, dan istilah penaksiran juga digunakan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, seperti assessment task diterjemahkan kepada tugas penaksiran. Evaluation diterjemahkan kepada penilaian dalam ungkapan umum dan juga peristilahan, seperti evaluation research diterjemahkan kepada penyelidikan penilaian.Tatabahasa22.04.2016
    1