| Kata |
Takrif |
Sumber |
| robot pemasang(assembly robot) | Robot yang bekerja di bahagian pemasangan di kilang dan bertugas memasang komponen pada alat yang lebih besar. | Kamus Komputer |
| robot berkomputer(computerized robot) | Robot yang dikawal oleh komputer. | Kamus Komputer |
| robot antropomorfik(anthropomorphic robot) | Robot yang rupa bentuknya menyerupai manusia. | Kamus Komputer |
| robot | mesin yg dpt melakukan atau membuat berbagai-bagai pekerjaan manusia. merobotkan menukar sistem pengeluaran, operasi kilang dsb kpd sistem atau operasi yg dijalankan oleh robot (mesin). perobotan proses, cara dsb menukar sistem (operasi dsb) kpd sistem (operasi dsb) yg dijalankan oleh robot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| robot I | Jk; merobot berbunyi berdetus (spt senapang, mercun, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| robot II | 1. mesin automatik yg diprogramkan utk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia; 2. ki orang yg melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan sebuah mesin; merobotkan menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot: apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| droid | Robot kawalan komputer yang mempunyai sifat manusiawi. | Kamus Komputer |
| pengendali(operator) | 1. Orang, atau robot, yang mengawal dan mengawasi perjalanan perkakasan sistem atau kendalian. Sinonim operator. 2. Bahagian kod suruhan komputer yang menyatakan jenis pengendalian yang perlu dilakukan oleh sistem. 3. Fungsi yang boleh mengendalikan sesuatu perkara untu mengeluarkan sesuatu hasil. 4. Simbol matematik yang mewakili jenis pengolahan yang perlu dikerjakan. Misalnya "+" dan "-". | Kamus Komputer |
| merobotkan | menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot: apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| robotik | bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| Kata |
Takrif |
Sumber |
| humanoid | adj (spt) manusia: ~ robot, robot manusia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| industrial | adj perindustrian: ~ nations, negara-negara perindustrian; ~ workers, pekerja perindustrian; ~ robot, robot perindustrian; ~ research, penyelidikan perindustrian; ~ diamond, berlian perindustrian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| robot | n 1. (machine) robot; 2. (esp derog) one who behaves like a machine, semacam robot: she is a ~, she has no feelings for others, dia semacam robot, dia tdk berperasaan thdp orang lain. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| robotic | adj macam robot: ~ movement, pergerakan macam robot. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| automaton | n 1. (mech device ) automaton; 2. human being who acts mechanically, spt robot: a factory staffed by human ~s, sebuah kilang yg para pekerjanya terdiri drpd manusia-manusia yg bekerja spt robot. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
| gantry robot | robot gantri | robot gantri | robot gantri | Kejuruteraan |
| articulated robot | robot bersendi | robot bersendi | robot bersendi | Kejuruteraan |
| mobile robot | robot mobil | robot bergerak | robot boleh gerak | Kejuruteraan |
| obstacle avoidance robot | robot mengelak rintangan | robot mengelak halangan | robot mengelak halangan | Kejuruteraan |
| android | android; manusia robot | android; manusia robot | android/robot manusia | Aeroangkasa |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
| knowbot | knowbot | Teknologi Maklumat | Tiada | Singkatan daripada KNOWledge roBOT (robot pengetahuan) yang dibangunkan oleh Corporation for National Research Initiatives, Reston, Virginia. Knowbot ditulis dalam Python. Knowbot ialah satu agen perisian berasaskan sistem Unix yang merayau dalam rangkaian teragih seperti Internet, untuk mengumpul atau mengagih maklumat menurut kriteria yang ditentukan pengguna. Sistem pengendalian knowbot ialah perisian pelayan yang mengehos dan berinteraksi dengan agen bergerak knowbot. |
| quadrupedal robot | robot kuadrupedal | STEM | Tiada | Robot mudah alih yang mempunyai empat kaki untuk pergerakan. Robot ini bersifat serba boleh berbanding robot beroda yang membolehkannya merentasi pelbagai bentuk muka bumi. |
| cooperative robot | robot kooperatif | STEM | Tiada | Robot yang mampu bekerjasama dengan manusia atau robot lain untuk melaksanakan sesuatu tugas di dalam ruangnya yang tersendiri. |
| service robot | robot khidmat | STEM | Tiada | Robot yang membantu manusia menjalankan tugas yang kotor, jauh, membosankan, berbahaya atau berulang-ulang. Robot ini memberikan khidmatnya sama ada secara autonomi penuh atau separa. |
| robot ethics (roboethics) | etika robotik | STEM | Tiada | Nilai dan garis panduan berkaitan dengan isu robotik seperti aplikasi robot, interaksi robot dengan benda hidup dan hal perundangan. Contohnya, isu ancaman robot kepada manusia dan reka bentuk robot beretika. |
| humanoid robot | robot humanoid | STEM | Tiada | Robot yang direka bentuk menyerupai manusia untuk menjalankan fungsi tertentu, seperti berinteraksi dengan manusia dan menjalankan operasi menyelamat. |
| social robot | robot sosial | STEM | Tiada | Robot yang direka cipta untuk berinteraksi secara sosial dengan manusia melalui mimikan perangai dan emosi manusia dalam bidang perubatan, pendidikan dan hiburan. |
| continuum robot | robot kontinum | STEM | Tiada | Robot yang mempunyai darjah kebebasan atau sendi yang tidak terhingga. |
| cognitive robot | robot kognitif | STEM | Tiada | Robot yang mempunyai keupayaan kognitif termaju yang membolehkannya belajar dan berinteraksi dengan manusia. |
| collaborative robot | robot kolaboratif | STEM | Tiada | Robot yang direka cipta untuk berinteraksi dengan manusia di dalam ruang kerja yang sama secara selamat bagi melaksanakan sesuatu tugas. |
| Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
| robot | letub (bunyi) [ltub] (bui) robot [robot] | Melanau Dalat | |
Kamus Thai 2.indb asma หุง [hu] ก menanak: คุณแม ่ กำลังหุงข ้ าว Ibu sedang menanak nasi. หุน [hun] น hun หุ ่ น [hun] น patung หุ ่ นยนต ์ [-yon] น robot หุ ้ น [hun] น saham หุ ้ นส ่ วน [-suan] น syer: ฉันมีหุ ้ นส ่ วนใน บริษัทนั้ นจำนวนร ้ อยละ 40 Saya mempu- nyai syer dalam syarikat
|
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| robot | [ro.bot] | روبوت |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
| industrial robot | robot (per)industri(an) | EKOI, NIAGA |
| robot salesman | jurujual robot | NIAGA |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata robot. |
|
|