Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERUBATAN SUKAN

Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan

yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang

yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya

adalah untuk mengurangkan risiko terhadap

kecederaan dan untuk merawat secara berkesan

sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku.

Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang

sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor,

pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga

pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong

menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan

untuk membantu para atlet mempersembahkan

prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami

sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini

juga akan membuat penilaian tentang kaedah

melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan

bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk

dan penggunaan peralatan olahraga dan

kemudahan.

UMUM
TALIAN SEGERA

Talian segera ialah sistem dua hala telegraf-teleprinter

yang menghubungkan Washington

D.C., dengan Moscow. Talian segera ini dikenali

dengan nama rasmi Direct Communications Link .

Talian ini membolehkan Presiden Amerika Syarikat

dan Presiden Rusia berhubung secara terus dan

serta-merta apabila sesuatu krisis antarabangsa

berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan

risiko berlakunya peperangan disebabkan oleh

salah faham.

UMUM
PHILLIPS, WENDELL

Phillips, Wendell (18111884) ialah pemidato

dan reformis Amerika yang terkenal sebagai

penyokong kepada penghapusan perhambaan. Dia

meninggalkan kerjaya guamannya pada tahun 1837

untuk menyertai kumpulan penghapus yang

diketuai oleh William Lloyd Garrison. Phillips

berjuang menentang mana-mana individu, institusi,

atau undang-undang yang dianggap menghalang

penghapusan tersebut. Dia menyokong

penghapusan perhambaan walaupun melibatkan

risiko perpecahan Kesatuan Amerika. Phillips

mengkritik secara serius Pentadbiran Presiden

Abraham Lincoln ketika Perang Saudara Amerika

(18611865).

UMUM
AEROBIK

 Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk

meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di

dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk

berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung,

meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai

orang mengambil bahagian dalam program aerobik

untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta

mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang

sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara

tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

UMUM
TEMBAKAU SEDUTAN

Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau

kering yang dibuat daripada daun pokok

tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh

haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan

ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan

di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering

mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok

pada gusi atau dicelup iaitu diletakkan di dalam

mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah.

Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan

untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau

sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa

deria bau dan mengurangkan kebolehan

mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa

penggunaan tembakau sedutan meningkatkan

risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi

yang lain.

UMUM
SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, skim saham amanah untuk kaum bumiputera dengan harga tetap RM1 seunit yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB) ditubuhkan pada tahun 1990 setelah Sekim Amanah Saham Nasional (Skim ASN) diurus niaga mulai 1 Januari 1991.  Skim ASB tidak menggantikan Skim ASN, tetapi ia adalah skim tambahan dengan ciri dan struktur yang sama seperti ASN dengan pelaburan maksimum sebanyak        RM100 000.  Penubuhan Skim ASB membolehkan kaum bumiputera terus bergiat dalam pelaburan saham amanah dengan risiko paling minimum di samping terus melabur dalam Skim ASN.  Skim ASB merupakan skim saham amanah yang terbesar di Malaysia dengan pemegang saham berjumlah 4.52 juta orang dan pelaburan berjumlah RM25 bilion pada 31 Disember 1996.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
1
Tesaurus
 
risiko (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bahaya, ancaman, padah, akibat.,