Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
bacteriumMikroorganisma ringkas yang tersangat kecil, biasanya diklasifikasikan dalam kumpulan kulat. Bakterium banyak terdapat di dalam tanah dan air, sebahagiannya memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Nanoteknologi digunakan untuk menghapuskan bakterium sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia yang mendatangkan kesan sampingan kepada alam sekitar.
albuminProtein ringkas yang larut dalam air dan dapat tergumpal oleh haba. Albumin didapati dalam putih telur, serum, darah, susu, dan kebanyakan tisu haiwan dan tumbuhan. Dalam bidang perubatan, albumin merupakan bahan yang menjadi kunci untuk melaraskan tekanan osmotik darah, manakala dalam bidang nanoteknologi, albumin dapat bertindak sebagai surfaktan dalam proses sintesis nanobahan.
monomerMolekul organik ringkas yang dapat bergabung dengan molekul yang sama atau berlainan jenis untuk membentuk suatu polimer. Monomer biasanya mempunyai ikatan kimia berganda. Contohnya, molekul asetilena, diasetilena dan stirena masing-masing bergabung sesama jenis menjadi polimer poliasetilena, polidiasetilena dan polistirena.
amino acidKelas sebatian organik ringkas yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen, yang dalam kes tertentu sebatian ini juga mengandungi sulfur. Sebatian ini merupakan blok binaan protein. Sebatian asid amino terdiri daripada kumpulan karboksil (COOH) dan kumpulan amino (NH2) yang melekat pada atom karbon yang sama pada hujung sebatian. Contohnya, asid amino yang terdapat pada haiwan ialah alanina, asid aspartik dan asid glutamik.
amorphous computingPengkomputeran yang berasaskan bilangan peranti ringkas yang geriak (terlalu banyak) sebagai ganti kepada bilangan kecil mikropemproses megalitik. Setiap peranti hanya dapat menjalankan beberapa kerja mudah dan boleh gagal tanpa menjejaskan sistem keseluruhan. Algoritma adalah rumit dan direka bentuk dengan mengambil kira keterbatasan kemampuan setiap unsur serta kemungkinan kegagalan unsur tersebut. Sinonim pengkomputeran geriak.
glycineSebatian organik bersaiz sekitar 0.4nm dengan rumus kimia C2H5NO2 yang merupakan asid amino paling ringkas daripada 20 asid amino yang biasa terdapat dalam protein, haiwan. Sebatian ini merupakan satu-satunya asid amino yang tidak aktif optik, iaitu tidak mempunyai stereoisomer-D dan stereoisomer-L. Glisina tidak reaktif apabila digabungkan dengan protein tetapi dalam keadaan bebas, glisina terlibat dalam pelbagai tindak balas, contohnya, biosintesis heme.
furanSebatian organik yang struktur asasnya terdiri daripada satu atom oksigen dan empat atom karbon tersusun seperti gelang. Molekul furan yang paling ringkas ialah cecair yang toksik yang tidak berwarna dengan suhu didih 32?C, mudah terbakar, dan tidak larut dalam air tetapi larut dalam alkohol atau eter. Furan dihasilkan melalui proses penyulingan kayu, terutamanya kayu pain.
lysosomeSel organel yang terdiri daripada membran tunggal berbentuk sfera dan mengandungi campuran enzim hidrolitik. Lisosom mencerna bahan buangan sel kepada sebatian yang lebih ringkas untuk dijadikan sebagai bahan baharu pembentukan sel.
silicon electronicsBidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip.
photovoltaicKeupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi.
1
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,