Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
salam 1Malaysia, mohon penjelasan dan pembetulan bagi menerangkan pernyataan berikut: hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 20 tahun, lebih tinggi berbanding peratus respons responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 1 5 tahun. Manakala, peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 15 tahun adalah lebih tinggi berbanding 6 10 tahun. soalan saya, berdasarkan pernyataan di atas, bolehkah saya membina ayat yang baru dengan menggabungkan ayat tersebut seperti berikut: hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 20 tahun dan 1 5 tahun masing-masing, lebih tinggi berbanding peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 15 tahun dan 6 10 tahun. mohon penjelasan. terima kasihAyat ini betul. Hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 – 20 tahun dan 1 – 5 tahun masing-masing, lebih tinggi berbanding peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 – 15 tahun dan 6 – 10 tahun.Tatabahasa19.08.2015
boleh tolong respons terhadap surat pembaca ini? saya yakin pihak dbp tidak harus dipersalahkan seperti yang dinyatakan oleh penulis ini. http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20140627/fo_02/DBP-Ramadan-dan-Ramadhan terima kasihTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Maklumat awal dan ringkas yang dapat diberikan, dalam bahasa Melayu, terdapat kata serapan daripada bahasa-bahasa asing berdasarkan kaedah penyerapan. Dengan kaedah ini kata asing diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Penyerapan berlaku sepanjang masa dan kita dapat lihat bahawa kata yang diambil daripada sesuatu bahasa tertentu sesuai dengan aspek peradaban atau butir budaya oleh komuniti bahasa berkenaan ke alam Melayu. Misalnya, kata yang diambil daripada bahasa Arab sebahagian besarnya merupakan kata dalam leksikon agama Islam, seperti zamalah, tazkirah, mesyuarat, wuduk, solat dan Ramadan. Di sinilah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk memastikan proses peminjaman ini berlaku mengikut peraturan dan petua bahasa Melayu agar perkataan yang dipinjam itu dapat dieja, disebut dan digunakan mengikut kelaziman berbahasa Melayu yang baik, santun dan indah.Lain-lain01.07.2014
fakta huraian adalah seperti berikut; peratus respons responden berpengalaman 11 - lebih 20 tahun lebih tinggi serta menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding responden 1-5 tahun. selain itu, peratus respons responden berpengalaman lebih 20 tahun juga lebih tinggi serta berbeza dengan responden 6-10 tahun. soalan saya, bolehkah fakta di atas digabungkan menjadi satu ayat seperti berikut; (mohon cadangan ayat yang sesuai) Didapati bahawa peratus respons responden pengalaman mengajar 11-lebih 20 tahun dan lebih 20 tahun masing-masing lebih tinggi serta terdapat perbezaan yang ketara berbanding responden kumpulan pengalaman mengajar 6-10 tahun dan 11-15 tahun. tqPengulangan perkataan yang sama dan hampir sama (respons dan responden)  dalam satu ayat boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Oleh itu, ada baiknya ayat tersebut dikekalkan dalam dua ayat berlainan dan tidak dijadikan ayat majmuk.Tatabahasa22.05.2015
salam 1Malaysia. adakah penggunaan perkataan 'dari tiga' dalam ayat berikut sesuai digunakan? mohon pembetulan. contoh ayat. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Dari tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar.Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang menunjukkan peratus respons bersetuju yang tinggi dalam kalangan responden. Daripada tiga item tersebut, peratus respons bersetuju responden guru Bandar lebih tinggi berbanding responden guru Luar Bandar.Tatabahasa27.08.2015
Insuran atau insurans? Ansuran atau ansurans? Respon atau respons? Saspen atau saspens? Tip atau tips?1. Insurans    2. Ansuran   3. Respons   4. Saspens   5. tipEjaan01.11.2015
salam 1Malaysia. mohon bantuan penggunaan ayat yang sesuai untuk contoh huraian di bawah. TQ Ini menunjukkan bahawa, peratus respons bersetuju oleh responden perempuan adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki dalam pernyataan tugas ini. Sebaliknya, responden lelaki menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding responden perempuan bagi tahap persetujuan kurang bersetuju iaitu masing-masing seramai 27 orang (12.56%) dan 33 orang (5.79%). Sementara selebihnya, iaitu seramai 6 orang (2.80%) responden lelaki dan 23 orang (4.04%) responden perempuan menyatakan tidak setuju.Mohon maaf, pihak kami tidak dapat memberi jawapan yang tepat kerana maklumat tidak lengkap.

Sedikit cadangan yang mungkin boleh membantu:

TQ ini menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju oleh responden perempuan lebih tinggi dalam penyataan tugas ini.  Kebanyakan responden lelaki menyatakan kurang bersetuju, iaitu seramai 27 orang (12.56 %).  Sementara jumlah bilangan yang menyatakan tidak setuju pula ialah 6 orang responden lelaki (2.80% ) dan 23 orang (4.04%) responden wanita.
Lain-lain22.03.2015
Narin: minta hantarkan buku latihan ini ke bilik guru. (Berikan respons. Gambar menunjukkan Narin memegang buku. Helmi belum pegang buku itu lagi.) Helmi: Baiklah, Helmi. Saya akan menghantarkan buku latihan ini ke bilik guru./ Baik, Helmi. Saya akan hantarkan buku latihan itu ke bilik guru. Adakah kata ganti nama tunjuk perlu ditukarkan kepada itu semasa memberikan respons? Ataupun buku itu dekat pada matanya, maka perkataan ini boleh diguna pakai? Terima kasih atas bimbingan DBPKata ganti nama tunjuk "ini" bermaksud menunjuk pada yang dekat manakala "itu" menunjuk pada yang jauh.
Berdasarkan situasi dalam contoh ayat tersebut, kata ganti nama tunjuk yang betul ialah "ini" kerana buku tersebut berada berdekatan dengan Helmi.
Tatabahasa01.09.2021
Assalamualaikum tuan/ puan yang budiman, Terima kasih atas respons pantas kepada persoalan saya sebelum ini. Responsnya seperti berikut: Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. Namun saya keliru: 1. Bagaimana pula untuk huruf 'T', BM masih mempunyai 'pentafsir', 'pentaksiran'. 2. Bagaimana dengan imbuhan 'Me..' seperti Sunting = Menyunting, Perah = Memerah, Palsu = Memalsukan. Respons tuan/ puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.1. Perkataan pinjaman daripada bahasa asing yang bermula dengan huruf "T" terkecuali daripada rumus yang tersebut. Contohnya Tafsir (bahasa Arab) - mentafsir, pentafsir dan transformasi (bahasa Inggeris) - mentransformasi.

2. Untuk makluman puan, imbuhan meN- boleh menjadi menjadi empat varian bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Imbuhan meN- menjadi me- (memasak), meN- menjadi men- (menderu), meN- menjadi mem- (membaca), meN- menjadi meng- (menggali). Untuk maklumat  lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151.
Tatabahasa28.02.2014
salam 1Malaysia, saya memohon pengesahan/pembetulan mengenai ayat yang dinyatakan berikut: Berdasarkan hasil analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan pernyataan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding bandar bagi item yang dipersetujui oleh responden guru. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju responden guru bandar adalah lebih tinggi berbanding responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh responden guru. terima kasih untuk kerjasama pihak tuan.Berdasarkan analisis, dapat dirumuskan bahawa majoriti responden guru luar bandar dan bandar bersetuju dengan kebanyakan cadangan penambahbaikan dasar, latihan dan perkhidmatan keguruan. Namun begitu, responden guru luar bandar menunjukkan peratus respons yang lebih tinggi berbanding dengan responden guru bandar bagi item yang dipersetujui oleh mereka. Sebaliknya, peratus respons tidak bersetuju menunjukkan responden guru bandar lebih tinggi berbanding dengan responden guru luar bandar bagi item cadangan yang tidak dipersetujui oleh mereka.Tatabahasa04.08.2015
salam 1Malaysia, saya memohon kepastian untuk ayat yang paling sesuai bagi ayat 1 atau ayat 2 berikut: Ayat 1: Sungguhpun demikian, majoriti respons responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. Ayat 2: Sungguhpun demikian, majoriti respons ketiga-tiga kumpulan ikhtisas responden bersetuju dengan pernyataan tugas guru iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada di dalam kawasan atau berhampiran dengan sekolah. apakah kedua-dua contoh ayat di atas sesuai atau ada ayat yang lain yang lebih sesuai? mohon bantuan atau cadangan ayat. tqSungguhpun demikian, majoriti responden bagi ketiga-tiga kumpulan ikhtisas bersetuju dengan kenyataan bahawa tugas guru, iaitu bertanggungjawab dalam hal keselamatan murid selagi pelajar tersebut berada berhampiran atau di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa31.03.2015
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata respons