Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MINTA TOLONG SEMAK EJAAN DAN PERKATAAN IKLAN TERSEBUT BAGI PERMOHONAN IKLAN SEMENTARA DI MAJLIS PERBANDARAN SIMPANG RENGGAM | Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa (www.dbpsahbahasa.my). | Lain-lain | 13.06.2022 |
Institusi saya akan mengadakan satu program pada 30 september 2018. Oleh itu saya ingin merujuk tentang nama program yang di cadangkan adakah sesuai penggunaan perkataan yang di cadangkan. Nama program adalah "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA-SAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM" . Adakah perkataan bersama-sama sesuai digunakan? Saya mohon bantuan. | Cadangan nama program yang dikemukakan betul penggunaannya dari segi tatabahasa. Tuan juga boleh menggunakan cadangan yang berikut: "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM". | Tatabahasa | 12.09.2018 |
Assalamualaikum... Saya salah seorang penuntut jurusan BM. Ramai rakan bertanyakan soalan ini malahan pensyarah sendiri menangguhkan jawapan dan ada yang berbeza pendapat. Saya keliru dan ingin mendapat jawapan pasti. Soalannya : Apakah perbezaan antara 'Perdana Menteri' dan 'Menteri Besar'? Mengapakah 'Perdana Menteri' tidak disebut sebagai 'Menteri Perdana' sama seperti 'Menteri Besar' yang jelas mengikut hukum DM? Terima kasih. Mohd Ismail Bin Sulaiman No. 13, Jalan Purnama 1/3, Taman Purnama 1 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. No. Tel : 016-7444676 | Kata Perdana Menteri tidak disebut sebagai Menteri Perdana seperti Menteri Besar kerana bentuk ungkapan tersebut diambil daripada bahasa Sanskrit. | Tatabahasa | 20.03.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata renggam |
|
Puisi |
---|
|
Orang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata.
Lihat selanjutnya... |
|