Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MAHKAMAH RENDAH

Mahkamah rendah lihat Mahkamah.

UMUM
DINAMOTOR

Dinamotor ialah jentera elektrik yang boleh

digunakan sebagai motor dan sebagai penjana. Ia

boleh menukar arus terus (AT) dari voltan tinggi

ke voltan rendah, atau dari voltan rendah ke voltan

tinggi.

UMUM
GULA DAN PEMANIS KALORI RENDAH

Gula dan pemanis kalori rendah. Gula ialah sejenis karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama bagi badan.

PEMAKANANSumber/Bahan Alam
ASHGABAT

Ashgabat (pend. 407 000) ialah ibu negara

Turkmenistan. Ashgabat, yang juga dikenali

sebagai Ashkhabad, terletak di sebuah oasis di

gurun Karakum di selatan Turkmenistan (lihat

Turkmenistan [peta]). Sebahagian besar Ashgabat

musnah dilanda gempa bumi pada tahun 1948.

Bandar ini dibina semula dengan bangunan yang

rendah-rendah. Terusan Karakum mengalir di

Ashgabat dan membekalkan air ke bandar ini dari

Amu Darya, sebatang sungai yang letaknya 724

kilometer di timur Turkmenistan. Parit pengairan

yang dikenali sebagai aryk membarisi kedua-dua

belah jalan.

UMUM
SEMAKTumbuhan rendah di kawasan kurang hujan atau tanih yang subur.GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
TAUFAN

Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang

berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah

seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan

bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke

barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia

akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang

15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi

angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat,

dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat

sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer.

UMUM
SIKLON

Siklon ialah kawasan atmosfera bertekanan rendah

yang menghasilkan putaran tiupan angin mengarah

ke dalam. Siklon boleh meliputi kawasan seluas

separuh keluasan Amerika Syarikat. Siklon khusus

yang kuat dan dengan garis pusat antara 90 hingga

2400 meter dikenali sebagai tornado.

UMUM
DELTA

Delta ialah tanah datar yang rendah yang

terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan

endapan lain yang mendap di muara sungai.

Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta ()

kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta

terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air

yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya

untuk membawa endapan menjadi kurang secara

tiba-tiba.

UMUM
ALISUM WANGI

Alisum wangi ialah tumbuhan rendah yang

merebak yang mempunyai gugusan bunga kecil. Ia

ialah tumbuhan talian lasak yang boleh disemai

pada awal musim bunga. Ia biasanya berbunga

dalam masa enam minggu selepas ditanam.

UMUM
MABUK KETINGGIAN

Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami

pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa

tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali

sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini

disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada

tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan

oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah

sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,

loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat

kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,

seseorang akan muntah apabila mengalaminya.

UMUM
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.



Lihat selanjutnya...