Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PLOTINUS

Plotinus (205?270?) merupakan pengasas ilmu

falsafah Yunani yang dikenali sebagai

Neoplatonisme . Dia mengembangkan

Neoplatonisme berdasarkan falsafah Plato (lihat

Neoplatonisme ). Plotinus menyatakan bahawa

dunia kebendaan adalah tidak benar, politik

merupakan sesuatu yang remeh-temeh, tubuh

adalah penjara sementara bagi rohani dan

kehidupan ini adalah pengembaraan melalui

khayalan. Kebenaran berada jauh sendirian dalam

kesempurnaan. The One merupakan suatu

sumber untuk semua kebenaran, kebaikan dan

keindahan. Plotinus menyatakan bahawa jiwa yang

suci akan dapat kembali ke sana. Kadangkala ia

kembali sebagai suatu yang menakjubkan.

Plotinus percaya dia pernah mengalami visi

tersebut.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata remeh-temeh