Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
salam, mohon bantuan utk menolong saya berkenaan maksud perkataan REMEH dan REMEH TEMEH..dan apa perbezaannya?Remeh-temeh ialah kata ganda bagi perkataan remeh yang bermaksud tidak mustahak atau tidak penting.Makna03.12.2012
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan.Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul.Tatabahasa16.12.2016
Apakah jawapan yang sesuai bagi perkataan berlawan ini?. remeh. Contoh ayat: Janganlah difikirkan sangat perkara-perkara yang remeh Adakah jawapannya besar atau mustahak.Jawapannya ialah penting, mustahak,besar.Makna05.03.2007
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam...Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. 

a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.
b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.

Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. 

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.
Tatabahasa09.09.2013
Sebagai seorang pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Melayu, saya berasa sungguh kecewa dengan sesetengah pihak atau individu yang memandang remeh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sememangnya kita tahu bahawa satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi lingua franca di nusantara tapi itu ratusan tahun dahulu sebelum kita merdeka. Bagaimana pula penggunaannya masa kini? Jika hanya berpegang pada akta tapi pelaksaannya tidak berkesan, saya yakin dimasa akan datang anak melayu sendiri tidak pandai bertutur bahasa Melayu. DBP sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah dengan pihak kerajaan bagi menaikkan semula Bahasa Melayu yang dahulunya menjadi keagungan di Nusantara.Pandangan saudara kami terima. DBP sememangnya badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan bahasa dan sastera kebangsaan namun yang paling penting ialah azam politik dan penguatkuasaan. Terima kasih.Lain-lain08.08.2008
Abdul Hakam SAB 11.30 PTG Salam. Mohon pihak DBP memberi respon/maklum balas mengenai hal ini. Saya harap agar bahasa kebangsaan tidak dipandang remeh oleh masyarakat. Sila klik url ini untuk mengetahuinya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155842096574343&id=650109342Kami akan berbincang hal ini dengan pihak yang wewenang untuk mencari penyelesaian terbaik bagi hal ini. Terima kasih atas keprihatinan tuan.Lain-lain14.10.2017
Apakah maksud istilah tatasemia? Terima kasih. Mengapakah akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk utama atau subtajuk? DBP perlu bertindak tegas terhadap akhbar harian yang memandang remeh terhadap hal ini kerana akhbar merupakan penyalur ilmu dan model bahaha?Harap saudara dapat memberikan konsep atau konteks penggunaan bagi kata tatasemia.  Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan saudara tentang peranan dan tanggungjawab DBP dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul, khususnya dalam media cetak.  DBP sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa melalui pelbagai saluran seperti khidmat nasihat dalam talian, melalui faksimile, telefon dan juga kunjungan.Lain-lain29.05.2008
saya nak tanya padanan bagi perkataan berikut. 1. Unprovoked 2. Trivial 3. TrivialiseMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan padanan bagi istilah unprovoked ialah tanpa diberangsangkan, trivial pula bermaksud remeh, dan trivialize bermaksud mengecilkan.Makna02.03.2017
Salam sejahtera 1. Memandang ringan terhadap sesuatu isu 2. Memandang rendah terhadap sesuatu isu Dengan rujukan di atas, adakah kedua -dua ayat membawa maksud yang sama ? Terima kasih

Kedua-dua ayat tersebut membawa maksud yang berbeza

Memandang ringan – memandang remeh

Memandang rendah – menganggap seseorang atau sesuatu hina dan tidak setanding dengan yang lain.

(Sumber: Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain01.09.2022
Salam sejahtera tuan. Jika kita pandang rendah akan gaya hidup sihat akibatnya sendiri yang akan tanggung. Adakah ayat aktif ini dipasifkan kepada ayat yang berikut? Akibatnya sendiri yang akan tanggung jika gaya hidup sihat kita pandang rendah. Adakah ayat ini ayat pasif semu? Terima kasih.Ayat pasif yang lebih tepat adalah “Diri sendiri yang akan menanggung akibatnya jika gaya hidup sihat dipandang remeh”.Tatabahasa10.01.2022
Tesaurus
 
remeh (adjektif)
Bersinonim dengan remeh-temeh, remeh-cemek, kecil, ringan, leceh, mudah, senang, enteng, gampang;,
Kata Terbitan : meremehkan,