Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
REKAAN

Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau

produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan

kita mengawal persekitaran dan hidup dengan

lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika

kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa

bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya.

Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam

persekitaran yang penuh dengan rintangan dan

membina sebuah masyarakat yang bertamadun.

UMUM
DONGENG

Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar

tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu

atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok,

atau benda yang bercakap dan bertindak seperti

manusia. Dongeng boleh disampaikan sama

ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam

kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan

pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan.

UMUM
NAMA SAMARAN

Nama samaran ialah nama rekaan yang

digunakan oleh pengarang dan orang lain yang

ingin menyembunyikan identiti sebenarnya, atau

hanya ingin dikenali dengan nama lain. Satu nama

samaran pengarang yang termasyhur ialah Mark

Twain, iaitu nama yang digunakan oleh humoris

Amerika, Samuel Langhorne Clemens. Nama

pentas yang digunakan oleh pelakon lelaki dan

pelakon wanita adalah juga jenis nama samaran.

Lihat juga Nama (Nama-nama lain).

UMUM
TEKNOLOGI

Teknologi merujuk kepada semua cara manusia

menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk

memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak

manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja

untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat

berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk

memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan

mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat,

mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja

lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa

elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang

meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi

melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik,

dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih

mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan

pemprosesan data juga bergantung pada teknologi,

terutamanya elektronik.

UMUM
MORSE, SAMUEL FINLEY BREESE

Morse, Samuel Finley Breese (17911872),

pereka dan pelukis Amerika. Dia menerima paten

untuk rekaan telegraf elektrik pertama di Amerika

Syarikat. Dia juga mencipta kod Morse, yang telah

digunakan selama beberapa tahun untuk

menghantar mesej (lihat Kod Morse).

UMUM
ROOT, JOHN WELLBORN

Root, John Wellborn (18501891) ialah salah

seorang daripada arkitek Amerika yang terpenting di

Chicago School. Sekolah ini mempunyai sekumpulan

arkitek yang berpengaruh yang telah menjalani

latihan di Chicago pada akhir tahun 1800-an. Root

menjadi ketua dalam pembangunan estetik dan

teknikal bagi rekaan bangunan pejabat pencakar

langit.

UMUM
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. Hakim yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM
SURIRAMSURIRAM, lagu buaian yang dinyanyikan oleh dayang dalam babak-babak pentas bangsawan untuk menidurkan anak raja.  Perkataan Suriram adalah rekaan semata-mata sebagai nama timang-timangan yang ditujukan kepada puteri atau putera raja yang diasuh oleh dayang.BUDAYAKarya
SASTERA HIKAYAT

SASTERA  HIKAYAT,  bentuk sastera Melayu yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rekaan.  Masyarakat Melayu tradisional pada umumnya menerima istilah sastera hikayat sebagai mengandungi makna cerita, kisah, riwayat, ceritera dan sebagainya.  Makna yang umum ini didasarkan secara longgar pada makna yang kedua yang merujuk kembali kepada perkataan yang berasal daripada bahawa Arab iaitu haka yang mengandungi maksud menceritakan, melukiskan, meniru, mewartakan, mirip (atau yang seakan-akan), berkata dan meneruskan.

SASTERAKonsep
SKRU ARCHIMEDES

Skru Archimedes ialah alat untuk menaikkan

air. Ia terdiri daripada skru atau susunan bilah yang

dilekatkan pada bahagian dalam silinder. Hujung

bawah diletakkan di dalam air. Hujung atas

mempunyai engkol yang memutarkan silinder.

Benang skru atau bilahnya dengan perlahan

menaikkan air sehingga ia mengalir keluar dari

hujung atas. Alat ini digunakan di Lembah Sungai

Nil untuk menyalirkan atau mengairkan tanah.

Sesetengah sarjana percaya bahawa ia telah direka

oleh ahli matematik Yunani purba, iaitu Archimedes.

Lihat juga Archimedes (Rekaannya); Rekaan

(Yunani Purba).

UMUM
1
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,