Pertunjukan Fesyen Antarabangsa UiTM Cawangan Perak di Pentas Peragaan Surabaya, Indonesia.
Acara ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan pertukaran budaya dalam bidang seni pakaian antara dua negara, dengan memberi tumpuan kepada kreativiti dan identiti serumpun seperti fabric songket, batik, dan rekaan pakaian kontemporari.Seramai 2 pelajar dari Diploma Seni Reka Fesyen, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Perak, bersama-sama dengan 25 pelajar UNESA dan 2 pelajar UPSI, telah mewakili institusi megah ini. Dalam pertunjukkan yang menakjubkan ini, dua orang pelajar dari UiTM Cawangan Perak, iaitu Muhammad Isyraf Bin Muhammad Nasir dan Nurul Izzah Bin Mohd Zuraimi, telah memukau penonton dengan rekaan-rekaan mereka yang menampilkan keunikan kain songket sebagai asas penggunaan kain. Mereka telah menghadirkan rekaan kontemporari yang mengabungkan unsur-unsur tradisional dengan sentuhan moden yang segar dan inovatif. Kehadiran pelajar
|
|
|