Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif.Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan.Tatabahasa25.08.2014
Ayat mana yang betul ? a) Melalui pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Pengtahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif.Terdapat kesalahan ejaan (tiada perkataan tersebut dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat) iaitu "pengtahapan". Sila betulkan perkataan tersebut terlebih dahulu supaya kami dapat memberi jawapan yang tepat.Ejaan20.08.2014
saya ada bertanya sebelum ini tetapi masih belum mendapat jawapnberkenaan tanda baca selepas tanda petik apabila ada tanda soal spt berikut: Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami dia berkata, Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?. adakah tanda noktah selepas tanda petik perlu atau tidak? atau seperti ini,Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu? (tiada tanda titik) “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” tidak perlu noktah selepas tanda petik. Tatabahasa26.09.2020
Salam, saya ingin bertanyakan kata pemeri. Apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu _________ rekaan semata-mata. Terima kasih.Kata pemeri yang tepat ialah "ialah".

Kisah yang dipamerkan di kaca televisyen itu ialah rekaan semata-mata.
Tatabahasa13.09.2013
Ejaan 'KONVOKESYEN' untuk rekaan kulit buku boleh atau tidak di reka bentuk dengan perkataan 'Konvo' dan 'kesyen' dipisahkan dalam dua baris tanpa kata pemisah. Jika boleh kenapa? dan jika tidak boleh mengapa?Ejaan yang betul ialah "Konvokesyen" dan itulah jawapannya. Jika ditulis dalam dua baris berbeza hendaklah ada tanda sempang yang memisahkannya.Ejaan14.06.2011
Saya telah menggunakan perkhidmatan untuk rekaan kain rentang. Bagaimana saya harus membuat pembayaran. Terima kasihSalam sejahtera,

Berdasarkan pertanyaan tuan, adakah tuan maksudkan perkhidmatan pengesahan bahasa untuk iklan?

Jika untuk iklan, tuan boleh layari http://dbpsahbahasa.my atau datang sendiri ke kaunter Bahagian Penguatkuasaan, Aras 25, Menara DBP, Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain05.06.2017
Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima?Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan02.10.2017
Mohon semakan pihak DBP tentang penggunaan perkataan pada rekaan Banner yang dilampirkan.

Betulkan seperti yang berikut:

M dan E (
Simbol & perlu dieja penuh, dan  (huruf kecil))

E-Mel (tambah tanda sempang)

berserta ( tambah huruf -r)

Betulkan kepada xxxx gaji terkini melalui xxxx

Betulkan kepada  xxx  melalui talian
Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. Sila pilih Daftar Iklan, Klik Iklan Papan Premis dan sila buat bayaran RM10 - rujuk tatacara dan manual pengguna.

 

 

 

Lain-lain24.08.2018
MOHON PIHAK DBP UNTUK MENYEMAK DAN MENGESAHKAN MAKLUMAT PADA REKAAN BANNER SEPERTI DILAMPIRKAN.

 

1. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)
2. Pastikan iklan yang ingin disemak perlu menggunakan bahasa Melayu atau dwibahasa.

Lain-lain23.08.2018
adakah struktur ayat betul? Rumah kelab penduduk eksklusif dengan rekaan bergaya dan mewah, bukan sahaja menawarkan suasana selera untuk bersenam malah satu ruang demi menjalinkan hubungan mesra antara jiran.

Ayat tersebut tidak lengkap dengan keterangan atau maksud yang ingin disampaikan. Misalnya keterangan berkenaan 'ruang' yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Contohnya 'ruang kecil atau ruang keluarga'. Cadangan kami untuk ayat tersebut ialah 'Rumah kelab penduduk jenis esklusif bukan sahaja mewah malah mempunyai ruang yang sesuai untuk bersenam dan juga ruang yang sesuai untuk menjalinkan hubungan mesra antara jiran'. Harap maklum.

Tatabahasa22.07.2008
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,