Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
REKA BENTUK

Reka bentuk ialah penyusunan bahan untuk

mewujudkan sesuatu hasil atau kesan. Reka bentuk

memainkan peranan yang penting dalam semua

seni halus dan dalam penciptaan keluaran industri.

Rencana ini membincangkan konsep reka bentuk

asas yang digunakan dalam seni tampak.

UMUM
TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GASNilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya.KEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
MELUKIS

Melukis ialah perbuatan membuat reka bentuk

atau imej menggunakan garis atau ton, di atas

sebarang permukaan yang sesuai. Reka bentuk atau

imej yang dihasilkan dikenali sebagai lukisan.

UMUM
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM
TATAH DALAM

Tatah dalam ialah sejenis hiasan yang biasanya

dibuat dengan membuat reka bentuk pada

permukaan sesuatu bahan dan mengisi reka bentuk

ini dengan bahan lain yang sering kali berbeza

dengan ketara. Tatah dalam biasanya dikaitkan

dengan perabot kayu. Jenis tatah dalam yang paling

biasa mempunyai jaluran kecil kayu berwarna cerah

yang dilekatkan pada latar kayu berwarna lebih

gelap, seperti mahagoni.

UMUM
GERAKAN SENI DAN KRAFPergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina.  Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika.  Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian.KEJURUTERAANPeristiwa
ALIRAN BERSIHKaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf kese­imbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenserKEJURUTERAANKonsep
ART NOUVEOU

Art nouveou ialah gaya reka bentuk hiasan

yang berkembang subur dari tahun 1890-an

hingga kira-kira tahun 1910. Istilah art nouveau

bererti seni baru dalam bahasa Perancis. Istilah ini

berasal daripada balai seni lukis Paris Maison de

lArt Nouveau . Balai seni lukis tersebut

mempamerkan banyak karya yang dicipta

menggunakan gaya reka bentuk ini.

UMUM
BIEDERMEIER

Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang

dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur

bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini

berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan

Jerman yang popular pada tahun 1830-an.

Papa Biedermeier melambangkan kehidupan

berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan

yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier

digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman,

dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan

perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan

pada tahun 1820 dan 1850.

UMUM
SHERATON, THOMAS

Sheraton, Thomas (17511806), pereka bentuk

perabot Inggeris. Reputasinya adalah berasaskan

pada sebuah buku reka bentuk perabot yang

berpengaruh, yang dikenali The Cabinet-Maker

and Upholsterers Drawing Book (17911794).

Seperti buku reka bentuk lain pada akhir tahun

1700-an, buku Drawing Book mengutarakan

cita rasa semasa dalam gaya perabot. Perabot yang

mengikut gaya yang dinyatakan dalam buku

tersebut dikenali sebagai Sheraton.

UMUM
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,