Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam, mohon penjelasan. Perkataan " reka bentuk" ditulis terpisah, jika perkataan ini dijadikan judul/tajuk bagaimana ia ditulis (capital letter keduanya atau tidak). Contohnya: 'Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan' atau 'Perancangan Reka bentuk dan Pembangunan'. TERIMA KASIH :)Sekiranya perkataan reka bentuk dijadikan judul, kedua-dua huruf awal dieja dengan huruf besar seperti "Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan".Tatabahasa29.10.2013
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my

 

 
Lain-lain03.12.2019
Apakah maksud reka bentuk konvensional?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, reka bentuk bermaksud rancangan (corak, bentuk, dan sebagainya) yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya). Konvensional pula bermaksud berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi atau sebagaimana kebiasaannya 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dan sebagainya (berkenaan dengan peperangan, senjata dan sebagainya).

Oleh itu, reka bentuk konvensional merujuk “rancangan, struktur atau binaan berdasarkan amalan biasa”.
Makna16.12.2021
Selamat pagi. Ingin bertanya sama ada kedua-dua ayat di bawah betul. Ayat 1: Dia tertarik dengan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Ayat 2: Dia tertarik akan reka bentuk aku, lalu membeli aku. Dari segi penggunaan "dengan" , "akan" dan juga penggunaan tanda koma (,) di hadapan perkataan "lalu". Terima kasih.ayat yang betul ialah: Dia tertarik dengan reka bentuk aku lalu membeli aku dan Dia tertarik akan reka bentuk aku lalu membeli akuTatabahasa22.06.2022
reka bentuk atau rekabentuk?Ejaan yang betul ialah “reka bentuk”.Ejaan25.07.2023
Adakah corak boleh digantikan dengan reka bentuk? Contoh: Kumpul semua corak perencahBerdasarkan persoalan tersebut, cadangan jawapan ialah "Kumpul semua reka bentuk pembungkus perencah" atau "Kumpul semua pembungkus perencah".   Makna18.03.2022
Yang manakah antara 2 perkataan berikut merupakan ejaan yang betul:- Rekabentuk atau Reka BentukEjaan yang tepat ialah reka bentuk.Lain-lain13.07.2010
Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green DesignIstilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk HijauPenyemakan dan penterjemahan26.06.2018
Mohon kepastian ejaan perkataan berikut , mana yang betul : rekabentuk atau reka bentukEjaan yang betul ialah reka bentuk.Ejaan15.05.2012
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul keEjaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawabEjaan22.11.2002
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,