Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1a. Ali membersihkan lantai menggunakan mop sehingga bersih pada waktu rehat. 1b. Ali membersihkan lantai menggunakan mop pada waktu rehat sehingga bersih. 1c. Ali membersihkan lantai sehingga bersih menggunakan mop pada waktu rehat. (atau ketiga-tiga ayat ini pun betul?) 2. Dalam buku teks BM SJKC KSSR Semakan Tahun 2, muka surat 82: Abang memasang kipas angin di dalam bilik.(Gambar menunjukkan abang memekan butang/suis kipas angin yang berdiri.) Apabila kita hendak menyebut "swith on" kipas, perkataan memasang atau membuka lebih sesuai? Atau kedua-dua perkataan ini pun boleh dipakai guna? Bukankah memasang merujuk kepada memasang peralatan di dalam bangunan yang baharu? Kalau tulis membuka kipas angin macam sedang membaiki kipas pula. Atau kita perlu tulis ayat sebegini: Abang menekan butang untuk membuka kipas angin? 3. menekan butang kipas/menekan suis kipas? 4a. Abang pergi ke sekolah.(Ayat yang tidak menyebut abang siapa ini lengkapkah?) Atau kita kena tulis: Abang Ali pergi ke sekolah. 4b. Cikgu mengajar subjek Matematik./ Cikgu Tan mengajar subjek matematik.(Perlu sebut nama cikgu? Nama subjek kata nama khas?)Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul. 2. Abang menghidupkan kipas di dalam bilik. 3. Abang menekan suis kipas. 4. (a) Abang pergi ke sekolah. Abang Ali pergi ke sekolah. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. (b) Cikgu mengajar subjek Matematik. Cikgu Tan mengajar subjek Matematik. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa30.07.2021
Kenapa perkataan yang betul ialah istirahat sedangkan perkataan asal diambil daripada rehat-berehat.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.Ejaan28.04.2020
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh.Salam sejahtera,

Ayat pasif bagi ayat di atas ialah:

Pendakian Gunung Kinabalu kami teruskan setelah sejam berhenti rehat.

Sila dapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.09.2017
Apakah tanda baca bagi ayat berikut? Ring...loceng rehat berbunyi.Ring, loceng rehat berbunyi.Lain-lain28.02.2007
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh.

Tatabahasa08.09.2017
Dimaklumkan bahawa cuti rehat puan di luar negeri di Qatar telah diluluskan. Soalan-mohon baiki ayat ini. TkAyat yang betul ialah cuti rehat puan telah diluluskan.Lain-lain01.11.2010
Salam, apakah istilah yang betul bagi R & R? Adakah 'Rehat dan Rawat? Terima kasih.R & R merupakan singkatan bagi Rehat dan Rawat.Tatabahasa14.05.2013
Sila semak ayat berikut. Ayat yang manakah betul? *Sekarang tibalah masa untuk mereka rehat dan tidur. *Sekarang tiba masanya untuk mereka rehat dan tidur.

Menurut data kami, kedua-dua ayat tersebut betul.
Tatabahasa13.01.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon pencerahan tuan untuk menyemak ayat berikut yang mana lebih sesuai digunakan:- a)semakan mendapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan atau b)semakan didapati, pegawai telah telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakanAyat yang lebih sesuai dicadangkan, "Hasil daripada semakan, didapati pegawai telah mengambil cuti rehat melebihi kelayakan.Tatabahasa26.04.2018
Betul tak ayat berikut: Perabot dan kerusi meja di dalam bilik rehat ayah tunggang-langgang disebabkan oleh perompak malam tadi.Ayat ini lebih tepat: 
Perabot dan kerusi meja di dalam bilik rehat ayah tunggang-langgang kerana perompak malam tadi.
Tatabahasa13.08.2020
Tesaurus
 
rehat
Kata Terbitan : berehat, merehatkan, kerehatan,

Puisi
 

Kalau duduk di atas kerusi,
     Sambil duduk berehat-rehat;
Jangan dibawa perangai besi,
     Makin lama makin berkarat.



Lihat selanjutnya...