Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Diperlukan khidmat nasihat DBP dan ayat terbaik untuk susunan ayat di bawah. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Makna | 10.03.2017 |
Diminta khidmat nasihat DBP untuk memeriksa susunan ayat dan ayat terbaik untuk pernyataan ini. 1. JOM CETUSKAN KEHANGATAN! 2. CETUSKAN KEHANGATAN RASA! 3. MENCETUS HANGATNYA RASA! 4. MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Menurut data kami, ayat yang sesuai ialah MENCETUS KEHANGATAN RASA! | Makna | 10.03.2017 |
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat? | Mengikut Kamus Dewan, kata rasa mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa. Contohnya: gula manis rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang). Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya. Kata berasa pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal. (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung. | Makna | 14.03.2014 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 'smoky'? ('Smoky' merujuk kepada rasa makanan, iaitu smoky chicken, smoky taste.) Adakah istilah lain yang boleh digunakan selain 'ayam rasa berasap' atau 'rasa berasap'. Sekian, terima kasih. | DBP tidak mempunyai padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan smoky yang merujuk kepada rasa makanan. Sungguhpun demikian, kami mencadangkan smoky chicken diterjemahkan kepada ayam salai dan smoky taste diterjemahkan kepada cita rasa makanan salai. | Lain-lain | 29.10.2018 |
Salam, Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: -PASIR RASANYA KASAR. Adakah perkataan rasa boleh digunakan dalam ayat di atas, kerana setahu saya, perkataan rasa hanya digunakan apabila kita menggunakan lidah seperti Ubat rasanya pahit. RASA juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa sakit, pedih dan sebagainya. Saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian. | Perkataan 'rasa' memang tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat rasa merujuk kepada 1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu) 2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa 3. keadaan hati terhadap sesuatu 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran. Dalam konteks ini, perkara yang boleh diterangkan tentang pasir ialah sama ada bentuk, rupa atau tekstur pasir tersebut. | Makna | 10.11.2011 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara 'rasa bersalah' dengan 'rasa serba salah?' | Menurut data kami kedua-dua rangkai kata tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Rangkai kata yang betul ialah berasa bersalah yang bermaksud mengalami perasaan dalam hati berbuat sesuatu yang salah manakala berasa serba salah iaitu perasaan dalam hati seseorang itu salah dalam segala hal. | Makna | 13.11.2019 |
apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" | Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. | Makna | 03.12.2007 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "balance the taste"? Menyeimbangkan rasa atau mengimbangkan rasa? Terima kasih. | Kedua-dua padanan perkataan diterima mengikut konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 17.06.2021 |
apakah maksud bertimbang rasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. | Istilah | 24.01.2010 |
Salam sejahtera! Bolehkah perkataan "wei" dan "woi" dianggap sebagai kata seruan? Terima kasih! | Kata seru ialah kata yg digunakan untuk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dan lain-lain seperti aduh, oh, dan wah. Kata "wei" dan "woi" bukan sebagai kata seru. | Tatabahasa | 13.08.2020 |
|
Tesaurus |
---|
| rasa | 1. Dalam konteks pelbagai rasa bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan fikir ( kira, ingat, agak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa, |
|
Puisi |
---|
|
Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.
Lihat selanjutnya... |
|