Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pukat rantau telah tersadai, Pukat dimuat dalam jongkong; Adat merantau mencari pandai, Adat berniaga mencari untung.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Hilirkan rantau mentulik, Bermalam di muara janggi, Hilirnya menepi-nepi; Dalam sirih nan secarik, Dalam pinang nan setomi, Ada juga kehendak hati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari.Pantun Melayu SarawakPerantau
Pisau peraut baru bertuang, Beri bertali rotan saga; Rantau diturut dengan undang, Negeri dihuni dengan lembaga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Beduk pun sudah dipalu orang, Tanda berbuka bulan Ramadan; Elok kupindah ke rantau orang, Daripada kecewa menunggu tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini kemarau panjang, Layu semua betik dan terung; Badanku mati di rantau orang, Hatiku pada adik di kampung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tesaurus
 
rantau (kata nama)
1. Bersinonim dengan pesisir: pantai, tebing, teluk, tanjung,

2. Bersinonim dengan daerah: kawasan, wilayah, zon, negara asing,

Kata Terbitan : merantau, perantauan, perantau,

Puisi
 

Pisang kelat digonggong helang,
     Jatuh sebiji ke Inderagiri;
Kalau pergi ke rantau orang,
     Baik-baik membawa diri.



Lihat selanjutnya...