Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Projek al-Quran ini telah dirasmikan pelancarannya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" Adakah ayat ini gramatis? | Ayat yang betul ialah Pelancaran Projek al-Quran ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. | Tatabahasa | 22.02.2021 |
Saya ingin memohon semakan bagi ucapan hari kelahiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia SULTANAH Kedah. Adakah penggunaan ucapan "Selamat Menyambut Hari Keputeraan" sesuai digunakan kepada SULTANAH atau "Selamat Ulangtahun Kelahiran"? Terima kasih. | Berdasarkan carian kami di Internet menemukan ucapan hari keputeraan buat Raja Permaisuri Agong dan Raja Permaisuri Johor, namun tidak menemukan ucapan hari keputeraan buat Sultanah Kedah. Berdasarkan contoh yang ada ungkapan yang betul ialah "Selamat Menyambut Hari Keputeraan". | Lain-lain | 13.04.2022 |
Salam, saya sedang membuat buku kerja BM Tahun 4 yang terbaharu. Apakah contoh kata nama khas gelaran dan panggilan yang boleh disenaraikan?Adakah gelaran dan panggilan seperti putera, puteri, ustaz, ustazah, haji, hajah, sultan/raja, permaisuri/ratu, saudara, saudari sesuai digunakan? Terima kasih. | Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Untuk makluman puan, putera, puteru, ustaz, ustazah dan sebagainya yang dinyatakan bukan terdiri daripada kata nama khas tetapi nama gelaran dan panggilan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 97. | Tatabahasa | 21.11.2013 |
Salam, tuan/puan. Saya ingin dapatkan pengesahan daripada pihak PRPM mengenai hal berikut. Sila rujuk kepada tangkapan skrin yang disertakan. Menurut jawapan pihak PRPM, baginda hanya boleh digunakan untuk raja. Namun, menurut laman web berikut https://www.jpm.gov.my/ms/kategori/10-/1566-istiadat-mengucap-selamat-berangkat-sempena-lawatan-rasmi-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-dan-kdymm-seri-paduka-baginda-raja-permaisuri-agong-ke-republik-t%C3%BCrkiye KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri. Adakah penggunaan ini boleh diterima dan dianggap betul? Selain itu, menurut laman web berikut https://www.sinarharian.com.my/article/282334/berita/nasional/tembakan-di-bangkok-tmj-selamat-kongsi-detik-cemas Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibrahim digelar sebagai baginda juga, namun pada masa itu baginda belum dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Adakah penggunaan ini betul? Seterusnya, sila rujuk kepada laman web ini https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/27522/13170. Dalam ejournal ini, "baginda" digunakan untuk menggelar maharani. Adakah ia bermakna "baginda" boleh digunakan untuk Raja Permaisuri & Putera-puteri & Maharani? Harap pihak PRPM boleh terangkan penggunaan ini dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih. | Untuk menjawab soalah tuan, saya merujuk Kamus Dewan Perdana dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. Panggilan Hormat Diraja dalam Surat Pekeliling berkenaan hanya menyenaraikan gelaran dan panggilan hormat bagi sultan/raja. Oleh itu, kami beranggapan dalam hal penggunaan kata ganti nama diri sultan/raja panduan yang jelas ada dalam Kamus Dewan Perdana. Walau bagaimanapun, sekiranya ada garis panduan/pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak yang wewenang dalam hal ini seperti Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hal tersebut boleh diperakukan. Dalam Kamus Dewan Perdana, kata ganti nama "baginda" digunakan untuk raja, khalifah dan nabi. Dalam konteks negara kita baginda hanya digunakan untuk sultan atau raja yang memerintah negeri. | Lain-lain | 04.02.2024 |
Adakah Malaysia mempunyai Furst Lady 2. Apa istilah First Laday dalam bahasa Malaysia. 3. Bagaimana kedudukan DYMM Raja ermaisuri Agomng | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan first lady ialah wanita pertama. Setiap negara mempunyai wanita pertama (first lady), namun untuk mengetahui siapa wanita pertama (first lady) di Malaysia dan kedudukan DYMM Raja Permaisuri Agong, sila hubungi Bahagian Protokol, Jabatan Perdana Menteri. | Istilah | 23.03.2010 |
Saya ingin bertanya, bolehkah DBP mencadangkan kata ganti nama untuk situasi berikut? 1. Permaisuri kepada Raja. (Patik/beta?) 2. Permaisuri kepada Putera. (Bonda/beta?) 3. Putera kepada Permaisuri. (Anakanda/patik/beta?) | Kata ganti yang sesuai digunakan: 1. Permaisuri kepada raja = Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri bagi permaisuri kepada raja, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, dalam karya-karya klasik terbitan DBP, kata ganti yang digunakan ialan adinda. 2. Permaisuri kepada putera = bonda 3. Putera kepada permaisuri = anakanda
| Istilah | 19.11.2016 |
1. Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan permaisuri menyebabkan ( ) sangat disenangi oleh rakyat jelata. A. beta B. beliau C. mereka D. baginda Adakah jawapan yang betul ialah mereka kerana ia digunakan dalam bentuk jamak, manakala baginda digunakan dalam bentuk tunggal. | Jawapan yang betul ialah "Sikap mesra yang ditunjukkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menyebabkan baginda sangat disenangi oleh rakyat jelata." | Lain-lain | 05.08.2023 |
"Izinkan ____ keluar ke taman sebentar, kata dayang kepada permaisuri raja". a beta b patik c saya d hamba apakah jawapan yang sesuai untuk kata ganti nama ini? apakah sebab jawapan begini dipilih? | Jawapan yang paling tepat ialah 'patik'. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Menurut Soalan Khidmat nasihat DBP pada 15/1/2008, 22/8/2014 dan 4/8/2016, "beta" boleh digunakan oleh raja dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Manakala, pada 30/11/2014, pihak tuan/puan menjawab soalan lain dengan jawapan "beta" hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja, tidak termasuk keluarga diraja. Pada 7/7/2015, pihak tuan/puan cadankan putera atau puteri boleh gunakan "beta". Jadi, saya ingin memastikan lagi, adakah "beta" boleh digunakan oleh permaisuri, puteri, puteri atau kerabat diraja? Kalau tidak, apa kata ganti nama diri pertama yang sesuai untuk permaisuri/puteri/puteri/kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah/ orang bawahan/rakyat/? | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang awam. Oleh itu, kata ganti nama diri ‘beta’ sesuai digunakan untuk permaisuri, puteri dan kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat. | Tatabahasa | 26.10.2022 |
Salam sejahtera. 1. Apakah golongan yang sesuai bagi kata nama khas Matematik, tajuk filem seperti Spiderman dan Superman serta tajuk karangan seperti "Ibu Saya"? 2. Adakah gelaran seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Dato Bendahara, Sultan, Permaisuri, Putera Mahkota kata nama khas? 3. Apakah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga bagi Permaisuri, Putera Mahkota, Puteri? Terima kasih. | - Soalan yang pertama sukar untuk difahami. Mohon tuan/puan mengemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci.
- Menteri Pendidikan dan Dato’ Bendahara ialah kata nama khas, manakala putera mahkota, sultan, permaisuri dan perdana menteri ialah kata nama am. Sekiranya perkataan tersebut digunakan sebagai nama khas, contohnya Putera Mahkota Selangor, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan.
- Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 280 dan 1680 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 81 – 87. | Tatabahasa | 02.04.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| raja (kata nama) | 1. Rujuk perintah pemerintah
2. Dalam konteks gelaran bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,
| Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan, |
|
|