Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ragu-ragu terhadap cadangan yang diberikan sebelum ini. Boleh berikan cadangan baharu. "Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk stilt walker. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk stilt ialah kaki bajang. Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah orang kaki bajang."betul, tidak ada padanan stilt walker dalam pangkalan data kami. Stilt ialah kaki bajang, manakala walker pejalan. Jika konsep stilt walker sesuai saudara boleh menggunakan perkataan yang kami cadangkan iaitu orang kaki bajang.Istilah13.06.2012
Kami masih ragu-ragu dengan penggunaan kosa kata~'menugasi' dengan 'menugaskan' kerana penjelasan agak berbeza-beza.Menurut data kami, perkataan "menugasi" ialah memberi seseorang tugas manakala "menugaskan" ialah menyerahkan sesuatu tanggungjawab sebagai tugas kepada seseorang. Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://prpm.dbp.gov.myTatabahasa22.09.2015
Saya berasa ragu-ragu tentang penggunaan kata sendi di ayat ini. "Kajian ini ditumpukan/ditumpu kepada/pada/dalam perubahan perasaan Ahmad."Kajian ini ditumpukan pada perubahan perasaan Ahmad.Tatabahasa04.03.2007
Salam, saya agak keliru dari segi kesalahan di permulaan ayat. Perkataan apa yang harus saya elakkan daripada digunakan di awal ayat. Saya kerap kali ragu-ragu untuk menggunakan perkataan NAMUN, DENGAN INI, ANTARANYA, YAKNI di awal ayat. Adakah penggunaan perkataan itu dilarang digunakan di awal ayat?Kata tersebut boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.Tatabahasa18.02.2009
Reda atau redha?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837):

reda  

kata kerja tak transitif
1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu:
Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil.

kata nama
2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang:
Dia berusaha mencapai reda Allah. 

Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya.
Ejaan03.08.2023
Selamat sejahtera tuan/puan. Soalan saya, apakah istilah yang tepat untuk "The time displacement theory" yang sering digunakan dalam bidang teknologi dan media ini? Time displacement theory bermaksud, penggunaan masa yang besar untuk satu jenis aktiviti akan menyebabkan pengurangan masa bagi aktiviti yang selainnya. Saya masih ragu-ragu untuk memilih antara istilah "pengalihan", "peralihan" atau "penggantian". Terima kasih atas pencerahan.Padanan bahasa Melayu untuk time displacement theory ialah "teori sesaran masa".Makna15.12.2021
Salam. Saya mempunyai pertanyaan berkenaan frasa yang digunakan dalam kempen yang sedang saya usahakan. Frasa tersebut adalah BAK DATANG (kependekan daripada Bawa Datang). Sebagai konteks, frasa ini digunakan untuk empowerment kepada pengguna apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Contoh: Bak datang segala tekanan. Bak datang semua cabaran. Bak datang perasaan ragu-ragu. Bak datang dalam semua ini berhasrat untuk menggalakkan pengguna untuk tidak gentar serta menjadi berani. Buat pengetahuan Tuan/Puan, frasa bak datang sangat popular di kalangan netizen sebagai rallying call untuk apa sahaja, daripada bangun awal hinggalah kepada menghabiskan menonotn seluruh season series di Netflix. Saya ingin bertanyakan, adakah frasa Bak Datang ini dibenarkan untuk muncul di papan iklan? Jika mempunyai halangan, apakah frasa alternatif yang serupa dengan Bak Datang yang boleh saya gunakan dan mendapat pelepasan dari pihak Tuan/Puan? Terima kasih!
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bak bermaksud  sebagai dan seperti. Penggunaan bak dalam frasa bak datang bagi membawa maksud bawa datang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu.

Cadangan kami ialah hadapi segala tekanan, hadapi semua cabaran sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat. 
Makna05.05.2021
1.Ayat yang manakah betul : a. Kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. b. Dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.Apakah perkataan berlawan bagi "bimbang". Tenang atau yakin. 3.Ayat manakah yang betul. a. Kita hendaklah patuh pada undang-undang. b. Kita hendaklah patuh kepada undang-undang. Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Ayat yang betul ialah "kedua-dua ahli pengakap itu sedang menanak nasi. 2.   Makna perkataan bimbang ialah 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. Berdasarkan makna "bimbang", maka kata lawannya yang sesuai ialah yakin.

Makna yakin ialah betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris.

Tatabahasa23.10.2010
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa

Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);

Makna21.08.2009
Apakah kata kerja yang sesuai untuk menggambarkan "aaa..." dan "umm..." yang sering kali disebut pada permulaan ayat percakapan? Adakah padanan bagi "ohh" (maklum balas terhadap sesuatu yang diucapkan) ialah "mengiakan"?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, aaa… merupakan bahasa basahan yang digunakan untuk menyatakan persetujuan, rasa ragu-ragu, hairan atau terlupa akan sesuatu, ataupun untuk memberikan amaran dan lain-lain, contoh ayat “Nama bukunya aaa…, nanti saya cuba ingatkan!” atau “Aaa …, ya, ya mereka itu,” tingkah Sang Nila. Oleh itu, perkataan aaa… perlulah digunakan secara bersesuaian dengan maksudnya.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat, perkataan hmm boleh digunakan bagi menggambarkan perbuatan menggumam, iaitu menahan suara, tawa dan sebagainya di dalam mulut.

Perkataan oh merupakan kata seru dan digunakan untuk menyatakan rasa hairan, terkejut atau pelik. Sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat, perkataan aaa… boleh digunakan untuk menyatakan persetujuan atau haah boleh digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan, dan bermaksud ya.


Lain-lain26.09.2021
Tesaurus
 
ragu
Kata Terbitan : ragu-ragu, meragui, meragukan, keraguan, keragu-raguan,