Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
pening1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pening1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pening1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan.Kamus Pelajar
pusing kepalasakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
memusingkan kepalamenyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
pusing1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ ber­putar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, ber­kisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit.Kamus Dewan Edisi Keempat
memusingkan1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
memusingkan kepalamenyebabkan kepala jadi pusing; memeningkan: Hitungan ini sungguh ~ kepalaku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memusingkan1 menjadikan berpusing: ~ gasing; ~ wang menjadikan wang berpusing (mis digunakan utk membeli barang dan menjualnya kembali dgn harga yg lebih tinggi) utk mendapatkan keuntungan; memperniagakan. 2 = ~ kepala menyebabkan kepala jadi pusing; memeningkan: Hitungan ini sungguh ~ kepalaku. 3 ki menjadikan tidak tentu arah; memutarbelitkan; menyusahkan: ~ undang-undang memutarbelitkan maksud undang-undang utk sesuatu tujuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memusingkan1 menjadikan berpusing: ~ gasing; ~ wang menjadikan wang berpusing (utk mendapatkan keuntungan); memperniagakan. 2 = ~ kepala menyebabkan kepala jadi pusing; memeningkan: Hitungan ini sungguh ~ kepalaku. 3 ki menjadikan tidak tentu arah; memutarbelitkan; menyusahkan: ~ undang-undang memutarbelitkan maksud undang-undang utk sesuatu tujuan.Kamus Pelajar
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,