Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PUNDI HEMPEDU

Pundi hempedu ialah kantung kecil yang

menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan

yang mempunyai tulang belakang, mempunyai

pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia

ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di

sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi

hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter

hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi

hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang

dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus

hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk

duktus hempedu .

UMUM
PUNDI KENCING

Pundi kencing ialah nama biasa bagi organ

berotot berongga yang menyimpan air kencing

sebelum ia dikeluarkan dari badan. Pengosongan

pundi kencing berlaku secara terkawal pada

kebanyakan manusia dan banyak mamalia lain.

UMUM
PUNDI UDARA

Pundi udara l ihat Ikan.

UMUM
SISTA

Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang

mengandungi bendalir dan tidak mempunyai

bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap

daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk

bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut

(struktur bak beg yang mengelilingi rambut)

tersumbat. Sesetengah sista terbentuk

di sekeliling bahan asing yang memasuki

badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling

darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang

terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah

dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman

biasanya disebabkan oleh perkembangan organ

yang tak normal. Sista dibuang melalui

pembedahan.

UMUM
PERUT

Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur

alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan

usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan

kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak

pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan

(haiwan yang mengunyah mamahannya), perut

mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada

perut manusia (lihat Ruminan ).

UMUM
KELENJAR PROSTAT

Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi

lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental

yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua

mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar

prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu

terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan

bersetentangan dengan bahagian rektum.

Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih

kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri

daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta

mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat.

UMUM
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI

Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu

penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.

Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh

kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini

mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi

yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi

udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan

atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,

akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara

penyebab utama kematian di kalangan bayi

pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini

menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang

dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.

UMUM
STURGEON

Sturgeon ialah nama biasa bagi satu famili ikan

besar yang hidup dalam air tawar dan laut di Zon

Sederhana Utara. Ia ditangkap untuk isinya yang

biasanya disalai, dan untuk telurnya, yang

digunakan untuk menyediakan kaviar. Isinya yang

berkualiti tinggi, iaitu bahan yang digunakan untuk

membuat glu, didapati daripada pundi udara

sturgeon Rusia, yang juga dikenali sebagai beluga.

UMUM
1
Tesaurus
 
pundi
Kata Terbitan : pundi-pundi,