Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tengah berburu hari pun petang, Rasanya letih perut pun lapar; Tengah merayu lakinya datang, Muka pun putih lutut gementar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jerat dipasang hari pun terang, Hendak pulang badan pun letih; Niat memang mencari bujang, Tak ada bujang duda pun boleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ini rasa asam kelubi, Jatuh di laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah pun jauh hari pun malam.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Beduk pun sudah dipalu orang, Tanda berbuka bulan Ramadan; Elok kupindah ke rantau orang, Daripada kecewa menunggu tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rasau pun patah hanyut terapung, Batang mayang dibuang jangan; Walau kita berlainan kampung, Kasih abang dibuang jangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu zuhur orang pun azan, Hati sejuk tegak pun sabar; Hati hancur mengenang tuan, Pergi merajuk tidak berkhabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.



Lihat selanjutnya...