Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TELUK ISLANDS

Teluk Islands , terletak di pantai timur bahagian

hujung sebelah utara Pulau Utara di New Zealand.

Terdapat 149 pulau kecil di dalam teluk ini. Malah

pulau yang terbesar antara pulau-pulau ini luasnya

hanyalah 223 hektar. Kebanyakan pulau di sini

merupakan milik persendirian. Yang lain

merupakan kawasan simpanan Maori. Empat

bandar utama ialah pelabuhan Opua, bandar lama

Russell, bandar Paihia, dan pusat tanaman buah-buahan

di Kerikeri.

UMUM
ROTORUA

Rotorua (pend. 53 702) ialah daerah yang terletak

di atas dataran gunung berapi di pulau Utara New

Zealand. Kawasan bandarnya telah membangun di

sekitar satu bahagian Tasik Rotorua.

UMUM
MOA

Moa adalah mana-mana satu daripada kira-kira 13

spesies burung yang telah pupus, yang pernah

hidup di Pulau Utara dan Pulau Selatan di New

Zealand. Moa berbeza-beza saiznya daripada

sebesar ayam Belanda hingga setinggi tiga meter.

Moa tidak boleh terbang. Moa mempunyai kepala

kecil, leher panjang, kaki tegap, dan tidak

mempunyai kepak. Moa memakan buah dan daun.

UMUM
NEW PLYMOUTH

New Plymouth (pend. 48 519) ialah sebuah

bandar di Pulau Utara, New Zealand. Bandar ini

merupakan bandar utama dan pelabuhan

Taranaki, yang pernah satu masa dahulu dinamai

provinsi New Plymouth . New Plymouth menjadi

pangkalan pengeluar gas luar pantai yang amat

besar. Bandar yang terletak di bawah cerun utara

Gunung Egmont ini mempunyai beberapa pantai.

Taman Pukekura, adalah salah satu taman yang

mempunyai pemandangan yang paling indah di

New Zealand. Muzium Taranaki dan balai seni

lukis terletak berhampiran pusat bandar. Gereja

St. Mary, yang dibuka pada tahun 1846,

merupakan salah satu gereja batu tertua di New

Zealand.

UMUM
NOVAYA ZEMLYA

Novaya Zemlya ialah nama dalam bahasa Rusia

bagi dua buah pulau di Lautan Artik yang dimiliki

oleh Rusia. Nama itu bermakna tanah baru. Keluasan

pulau utara adalah kira-kira 52 000 kilometer persegi,

sementara pulau selatan adalah kira-kira 38 800

kilometer persegi. Pulau-pulau ini mempunyai

gabungan garisan pantai 2736 kilometer.

UMUM
SUNGAI WAIKATO

Sungai Waikato ialah sungai yang paling

panjang di New Zealand. Sungai ini berpunca di

Gunung Ruapehu, di bahagian tengah Pulau Utara

dan mengalir ke utara sejauh 425 kilometer.

Sungai Waikato mengalir melalui Tasik Taupo,

kota Hamilton, dan wilayah Waikato lalu mengalir

menuju ke Laut Tasman di Pelabuhan Waikato.

Sungai ini telah diempang untuk penjanaan kuasa

hidroelektrik di Ohakuri, Atiamuri, Whakamaru,

Maraetai, Waipapa, Aratiatia, Karapiro dan

Arapuni. Empangan-empangan tersebut

membentuk tasik dan menjadi tempat berperahu

dan memancing ikan yang popular.

UMUM
TASIK TAUPO

Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah

Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di

New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat

yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer.

Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di

New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar

Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak

berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah

selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak

gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan

Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di

banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan

selatan tasik ini.

UMUM
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM
NOTORNIS

Notornis ialah nama saintifik bagi burung nadir

yang tidak boleh terbang di New Zealand. Burung

ini juga dikenali sebagai takahe. Ia kini pupus di

Pulau Utara. Burung ini bertebaran luas di Pulau

Selatan pada zaman dahulu. Hanya beberapa

spesies notornis didapati dari tahun 1849 hingga

tahun 1898. Ia kemudiannya lenyap, dan ahli sains

menyangka ia telah pupus. Ia ditemui semula pada

tahun 1948.

UMUM
PULAU VANCOUVER

Pulau Vancouver alah pulau terbesar di Pantai

Lautan Pasifik Amerika Utara. Pulau ini sebahagian

daripada provinsi British Columbia. Pulau

Vancouver sepanjang 459 kilometer dan terletak di

sepanjang pantai barat daya Kanada. Lebarnya

antara 64 hingga 130 kilometer. Keluasan pulau ini

adalah 31 284 kilometer persegi. Bandar Victoria

ialah bandar terbesar dan juga ibu negeri British

Columbia . Bandar besar lain ialah Nanaimo dan

Port Alberni . Jumlah penduduk di pulau ini ialah

498 713 orang.

UMUM
Tesaurus
 
utara
Kata Terbitan : mengutarakan,