Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ada pertanyaan mengenai sapaan dalam gelaran di surat rasmi. Contohnya: (Dato'/Prof/Prof. Madya./Dr.). Soalan pertama, cukupkah sekadar sapaan bagi gelaran paling besar, iaitu (YBhg. Dato'/Prof/Prof. Madya./Dr.). Soalan kedua. atau perlukah ditulis setiap sapaan gelaran tersebut seperti ( YBhg. Dato'/ YBrs. Prof/ Tuan Prof. Madya./Tuan Dr.)? Soalan ketiga, yang manakah paling sesuai untuk Dr dan Prof. Madya? adakah Tuan atau YBrs.?Soalan terakhir, jika orang yang tiada gelaran, sapaannya ialah Tuan/Puan, jadi bagaimanakah perlu disekalikan dengan sapaan dengan orang yang ada gelaran? adakah begini? (YBhg. Dato'/ YBrs. Prof/ Tuan Prof. Madya./Tuan Dr./ Tuan/ Puan?). Terima Kasih1. Bagi individu yang mempunyai lebih daripada satu gelaran istana/kerajaan, pada kelazimannya hanya gelaran tertinggi yang digunakan dalam sapaan surat rasmi berserta dengan gelaran akademik, seperti YBhg. Prof. Dr. Ahmad bin Ali. Walau bagaimanapun, amalan ini bergantung pada ketetapan yang dibuat oleh empunya nama dan hal ini perlu ditujuk kepada pihak berkenaan. 

2. Gelaran yang sesuai ialah YBrs. Dr. Ahmad bin Ali dan YBrs. Prof. Madya Ahmad bin Ali.

3. Susunan gelaran ialah YBhg. Dato'/YBhg. Datuk Prof/YBrs. Prof. Madya./YBrs. Dr./Tuan/Puan.
Lain-lain22.04.2022
Yang mana satu betul eg: Prof. Ali atau Prof Dr. Ali kalau merujuk Prof. dalam bidang falsafah sahaja tanpa ada ISM Profesional. Dr telah diubah menjadi Prof. Manakala, pendapat saya Prof. Dr. Ali ini bermaksud Prof (Jawatan diiktiraf uni daripada Dr. yang akan kembali menjadi Dr. sahaja selepas bersara) dan Dr. (gelaran pengamal perubatan). Jadi pendapat saya berbeza "Prof. Dr. Ali dan Prof. Ali". begitu juga "Prof Madya Dr. Ali - Prof Madya. Ali", "Prof Emeritus Ali - Prof Emeritus Dr. Ali". Namun begitu, Phd dalam bidang perubatan tetap kekal Dr. Ali (Phd Md) --- Mohon pencerahan. Terima Kasih
Sama ada seseorang itu doktor perubatan atau doktor falsafah, beliau boleh memakai gelaran Dr. pada awal namanya. Bagi doktor falsafah, sekiranya beliau seorang profesor atau profesor madya semasa berkhidmat di pusat pengajian tinggi, maka ditambah gelaran Prof.  atau Prof. Madya di hadapan Dr. sebelum namanya. Apabila beliau telah bersara, gelaran yang tinggal ialah Dr. sahaja.
Lain-lain01.03.2021
Pertanyaan untuk gelaran sebegini, Dato' Prof. Emeritus Dr. Adakah gelaran Prof. Emeritus tidak bersekali dengan Dr.? Contoh: Prof. Emeritus Dato' Dr. atau Prof. Emeritus Dr. Dato' jika gelaran dato di belakang? Contoh lain Prof. Dato' Dr. atau Prof. Dr. Dato' Prof. Madya Dato' Dr. atau Prof. Madya Dr. Dato' Terima Kasih.

Merujuk kepada “Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 – Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, kaedah penggunaan panggilan hormat untuk ahli akademik adalah seperti yang berikut:

a)    YBrs. Dr. diikuti dengan nama
b)    YBrs. Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
c)    YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
d)    YBhg. Tan Sri Prof. Dr. diikuti dengan nama

 

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara boleh merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.


Lain-lain28.04.2022
untuk penulisan sijil, bagaimana jika seseorang ada pangkat dr. atau prof. atau prof madya, prof emiritus dsb..adakah dimskkn dalam sijil?DBP tiada panduan khusus berhubung dengan panduan penulisan nama dalam sijil. Lazimnya, hanya nama sahaja dimasukkan dalam sijil tanpa gelaran atau panggilan.Lain-lain20.11.2017
Prof. Dato' atau Dato' Prof.?Lazimnya dalam protokol dan adat-istiadat, jawatan (Prof.) mendahului gelaran (Dato') seperti YBhg. Prof. Dato' Mustafa bin Muhammad. Walau bagaimanapun protokol ini tidak diikuti sepenuhnya kerana penerima boleh memilih untuk mendahului jawatan daripada gelaran atau sebaliknya mendahului gelaran daripada jawatan.Lain-lain09.09.2011
(Perkataan Penuh): Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Proffessor, pihak kami akan mengadakan... Singkatan: 1)YBhg. Prof., ... 2)YBhg. Prof, ... 3)YBhg. Prof. ... Yang manakah penggunaan tanda bacaan yang tepat bagi singkatan perkataan Proffessor dan kemudiannya diikuti dengan tanda koma?Yang Berbahagia atau kependekkannya YBhg. mengikut Kamus Dewan ialah rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). Maka berdasarkan pengertian berkenaan,  sapaan individu yang mempunyai gelaran Profesor (Prof.) ialah "Tuan". Namun, sekiranya individu berkenaan ialah ketua organisasi, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan YBhg. Prof.  Dalam ayat ditulis "Untuk makluman YBhg. Prof., pihak kami...".Makna28.01.2014
Dato Prof. Dr. Ahmad atau Prof. Dato Dr. Ahmad atau Prof Dr. Dato Ahmad?
Mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, cadangan penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut: 

a) YBrs. Dr. diikuti dengan nama
b) YBrs. Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
c) YBhg. Datuk Prof. Madya Dr. diikuti dengan nama
d) YBhg. Tan Sri Prof. Dr. diikuti dengan nama
Lain-lain28.03.2022
Adakah terdapat perbezaan antara gelaran Prof. dan Prof. Dr.? Kerana terdapat doktor perubatan (Dr.) yang mendapat gelaran Profesor dan juga pensyarah biasa yang mendapat geraran Profesor.

 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan dan 2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian. Sekiranya seorang doktor perubatan telah menghabiskan pengajian pada peringkat sarjana kehormat (PhD), beliau akan mendapat gelaran Dr. Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. 

Tatabahasa30.05.2014
Mohon pencerahan. Penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Terima kasih.
Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.
Ejaan26.10.2017
Mohon pencerahan untuk penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Adakah betul sekiranya ada dua titik noktah di penghujung ayat. Contoh ayat : "Bersama-sama ini dilampirkan Atur Cara Majlis Sambutan Hari Kitar Semula 2017 seperti di Lampiran 1 untuk perhatian YBhg.Prof. Dr.." Sekian, terima kasih.Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.

Terima kasih.
Lain-lain30.10.2017
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prof.