Kata |
Takrif |
Sumber |
prejudis | /préjudis/ perasaan atau pendapat yg tidak berasas terhadap sesuatu (kaum, agama dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
prejudis | (préjudis) rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkasta | mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasta | 1. golongan yg berdasarkan tingkatan kedudukan dlm masyarakat Hindu (yg terdiri drpd empat kasta iaitu Brahmana, Satria, Waisya, dan Sudra); 2. lapisan masyarakat, tingkatan golongan (dlm masyarakat): Hari Raya melambangkan persamaan makhluk Tuhan walau apa darjat dan ~ mereka; berkasta mempunyai kasta, terbahagi kpd atau tergolong dlm kasta: mereka masih prejudis terhadap perkahwinan perempuan ~ tinggi dgn lelaki yg ~ rendah; berkasta-kasta terbahagi atau berpecah kpd beberapa kasta: di rumah-rumah estet pun sering terdapat masyarakat yg ~ dan diasing-asingkan; mengkastakan membahagikan kelompok manusia mengikut kasta: apakah kau cuba utk ~ pengikut kita? kekastaan perihal kasta: semangat ~ itu mempunyai pengaruh yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
klinikal | 1 berkaitan dgn pemerhatian dan rawatan perubatan terhadap pesakit sebenar berbanding dgn kajian teori atau kajian makmal: Calon juga mesti mempunyai pengalaman ~ sekurang-kurangnya dua tahun selepas menerima Ijazah Perubatan. 2 (bkn dgn penyakit atau sesuatu keadaan kesihatan) dlm keadaan menimbulkan gejala yg perlu diberi perhatian atau yg dpt dikenal pasti: Diagnosis biasanya dibuat hanya dgn melihat tanda-tanda ~. 3 sangat efisien dan tanpa melibatkan perasaan berat sebelah, prejudis dsb: Eksperimen semestinya dilakukan dlm keadaan yg ~. Dlm sukan, membuat keputusan yg ~ bukan begitu sukar, pd umumnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
prejudice | prejudis | Psikologi | Psikologi Umum | Sikap beremosi yang negatif terhadap ahli suatu kelompok sosial tertentu. Sikap ini boleh berlaku dalam organisasi seperti jabatan keselamatan, pelajaran atau institusi kerajaan lain. Banyak konsep telah digunakan dalam menjelaskan prejudis. Contohnya, rasisme dikatakan berlaku apabila prejudis melibatkan etnik, seksisme melibatkan gender dan sebagainya. |
hate crime | jenayah benci | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang bersifat prejudis dan didorong oleh perasaan benci yang menyasarkan seseorang kerana individu tersebut dikaitkan dengan sesuatu bangsa, agama, orientasi seksual, ideologi atau kumpulan sosial. Contohnya, mangsa yang dibunuh kerana perasaan benci pelaku jenayah akibat keterlibatan aktif mangsa dalam mana-mana kumpulan sosial. |
racialism | rasialisme | Sejarah | Tiada | Fahaman yang berpegang kepada perbezaan bangsa atau diskriminasi bangsa dengan bersikap prejudis atau prasangka kepada bangsa lain. |
intergroup conflict | konflik antara kelompok | Psikologi | Psikologi Umum | Konflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan. |
comparable worth | nilai setanding | Pengurusan | Perancangan | Suatu konsep yang menetapkan kemampuan yang setaraf dari aspek pengetahuan dan kemahiran, yang seharusnya dipertimbangkan oleh majikan bagi membayar pekerja dengan ganjaran yang sama tanpa mengira umur, bangsa, jantina atau sebarang perbezaan lain. Tujuan konsep nilai setanding adalah untuk mengelakkan diskriminasi dan prejudis terhadap perbezaan latar belakang pekerja dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja, sedangkan prestasi mereka adalah sama atau lebih baik. Contoh nilai setanding ialah penetapan polisi ganjaran berdasarkan jawatan, pengalaman dan prestasi semata-mata tanpa prejudis, sama ada sesuatu tugas itu dilaksanakan oleh pekerja lelaki atau pekerja wanita |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
prejudis | [pré.ju.dis] | ڤريجوديس |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata prejudis |
|
|