Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Practice medicine residency program | bertugas sebagai doktor Kursus Latihan dalam bidang ginekologi | Lain-lain | 18.04.2007 |
Apakah istilah sesuai bagi "cross practice" seperti dalam konteks berikut: "Cross practice of medicine where a homeopath or an ayurved practitioner uses allopathic drug and vice versa." Terima kasih. | Istilah cross practice masih belum ada dalam pangkalan data kami, terjemahan yang sesuai bagi konteks ayat yang diberikan Kaedah latihan perubatan bagi ahli homeopati atau pengamal Ayurveda adalah dengan menggunakan kaedah timbal balas dan alopati. Terima kasih | Istilah | 14.10.2018 |
Mohon khidmat nasihat dbp untuk tejemahan integral practice Contoh ayat: A Study of the Meaning of Integral Practice of the Religion Under Article 11 of the Federal Constitution | Kami mencadangkan "integral practice" diterjemahkan sebagai "amalan integral", "amalan kamiran" atau "amalan bersepadu". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2022 |
Terjemahan bagi terma "Code of Practice" ialah Tataamalan. Boleh kan Tataamalan di tambah perkataan Kod di depan nya dan menjadi Kod Tataamalan bagi menjadikan ia selari dengan Code of Practice? | Menurut data kami, terjemahan bagi "Code of Practice" ialah tataamalan dan perkataan tersebut telah mantap tanpa perlu ditambah dengan perkataan "kod" di hadapan. | Makna | 04.05.2016 |
Standard practice | Amalan piawai | Istilah | 13.02.2009 |
"People should practice self-care" dalam BM apa? | Cadangan terjemahan untuk "People should practice self-care" ialah Masyarakat hendaklah mengamalkan penjagaan diri atau Masyarakat hendaklah mengamalkan perlindungan kendiri. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian dan penggunaan mengikut konteks ayat.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2022 |
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. "Code of Practice" merupakan suatu set kaedah bertulis yang menerangkan bagaimana orang yang bekerja dalam profesion atau kumpulan tertentu harus bertindak. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Code of Practice" - Kod Amalan, Kod Tata Amalan atau apa-apa terjemahan lain? Sekali lagi, terima kasih | Istilah "code of practice" dalam bahasa Melayu ialah "tataamalan". | Penyemakan dan penterjemahan | 22.07.2019 |
Apakah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah 'practice group' yang sering digunakan di firma-firma guaman? | Mengikut Kamus Dewan practice group ialah amalan berkelompok. | Istilah | 20.08.2014 |
1. Adakah terma Communities of Practice yang diperkenalkan oleh Lave & Wenger (1991) boleh diterjemahkan ke bahasa Malaysia? Kalau boleh, apakah terjemahan yang terbaik? 2. Apakah terjemahan terbaik untuk moderator variable dan mediator variable? Terima kasih. | Untuk makluman istilah "communities of practice" dan "mediator variable" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah "moderator variable" terdapat dalam bidang pendidikan, dan istilah bahasa Melayunya ialah pemboleh ubah sederhana. | Istilah | 23.04.2013 |
Salam. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang betul ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan CLINICAL PRACTICE REKOD? Bolehkah diterjemahkan sebagai REKOD PRAKTIS KLINIKAL atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Terima Kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi CLINICAL PRACTICE RECORD ialah REKOD LATIHAN KLINIKAL | Makna | 04.07.2017 |