Kata |
Takrif |
Sumber |
posisi | IB 1. kedudukan, letaknya: kita tak mahu membahayakan ~ tentera kita; 2. jawatan (dlm pekerjaan dll), pangkat; 3. letak sesuatu perkataan dlm ayat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
postur | posisi atau sikap tubuh seseorang, terutamanya semasa duduk, berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peneranan | perihal atau perbuatan meneran: posisi begini memudahkan ~ ketika hendak bersalin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuak kupu-kupu | gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teran | meneran menahan nafas dan menekan (ketika hendak buang air besar atau bersalin dll), merejan, mengejan; peneranan perihal atau perbuatan meneran: posisi begini memudahkan ~ ketika hendak bersalin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuak II | gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisahkan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
anatomical reference position | posisi rujukan anatomi | Sains Sukan | Biomekanik | Kedudukan badan dalam keadaan berdiri tegak dengan semua bahagian badan termasuk tapak tangan menghadap ke hadapan. Posisi ini merupakan posisi rujukan bagi semua pergerakan bahagian badan. Semua sudut sendi dalam posisi ini adalah neutral dan dinyatakan sebagai darjah sifar. Sinonim posisi anatomi. |
ambulation | ambulasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan yang melibatkan perubahan daripada posisi asal kepada posisi yang baharu. Contohnya, atlet yang mengalami kecederaan otot yang serius sehingga menyukarkannya untuk bergerak, perlu diberikan rawatan tertentu seperti latihan ambulasi yang bersesuaian bagi membolehkannya kembali pulih. Sinonim ambulatori. |
anatomical position | posisi anatomi | Sains Sukan | Biomekanik | Lihat posisi rujukan anatomi. |
waxy flexibility | fleksibiliti liut | Perubatan | Psikiatri | Keadaan apabila kedudukan seseorang dapat dibentuk ke posisi yang tertentu dan dikekalkan dalam posisi tersebut. |
Cartesian coordinate system | sistem koordinat Cartes | Sains Sukan | Biomekanik | Sistem untuk menilai posisi satu titik dalam ruang dua atau tiga dimensi. Penilaian posisi atau titik ini ditentukan melalui satu satah menerusi dua nombor yang dikenali sebagai koordinatx dan koordinat-y suatu titik. Untuk mentakrifkan titik itu, dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada keduadua paksi. Sistem koordinat Cartes juga digunakan dalam ruang (iaitu, tiga koordinat digunakan) dan dalam dimensi yang lebih tinggi. |
sweep delay | tunda sapuan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kawalan litar elektronik pada alat ultrasonik gema denyut yang berfungsi untuk melaraskan pergerakan isyarat gema pada paksi mendatar. Pelarasan perlu dilakukan bagi tujuan tentukuran untuk membolehkan isyarat gema bergerak dari satu posisi ke satu posisi yang lain di atas skrin alat ultrasonik. |
pronation | pronasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan dari posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke belakang atau ke bawah. Contohnya, kedudukan tangan secara pronasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding supinasi. |
supination | supinasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi. |
abduction | abduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi. |
adduction | aduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
paun III | menolak keratan balak ke posisi yg betul di atas landasan dgn tangan; | Melanau Mukah | |
nyanguok | lontaran bola pertama dlm permainan judi, pemukul atau pemain dlm posisi membelakangi pemain lawan, melambung bola judi dan memukulnya dgn tapak tangan, tanpa menoleh ke belakang. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
posisi | [po.si.si] | ڤوسيسي |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata posisi; |
|
|