Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah penggunaan perkataan "diwara" di dalam ayat berikut betul atau salah? Atau adakah saya sepatut menggunakan perkataan "diuar-uar" Ayatnya adalah : "Polisi Perakuanan yang dicadang adalah selaras dengan polisipolisi yang dilulus dan diwara oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."Puan Aisya,Ayat di bawah ini merupakan cadangan pihak kami dengan mengedit ayat puan adalah seperti yang berikut:  "Polisi Perakaunan yang dicadangkan  oleh ........(mohon diberitahu pihak yang mencadangkan polisi ini) adalah selaras dengan polisipolisi yang telah diluluskan dan diwartakan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board (MASB)) untuk pihak swasta."  Dalam konteks ayat puan,  penggunaan kata diuar-uar  dan wara  kurang tepat.  Hal ini kerana, kata diuar-uar/wara membawa maksud pengumuman yang dibuat dengan meneriakkannya kuat-kuat.  Tambahan pula,  polisi perakaunan merupakan peraturan atau dasar bukannya program yang perlu diuar-uarkan kepada orang ramai, memadailah dengan mewartakannya. Kata warta sering kali digunakan dalam laras  bahasa undang-undang. 

 

Tatabahasa24.04.2009
Saya telah meneliti makna dasar dan makna polisi seperti berikut; Dasar: (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi. Manakala Polisi: (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar. Saya dapati makna kedua-duanya adalah hampir sama dan dalam makna dasar, ada dinyatakan perkataan polisi. Begitu juga dengan dalam makna polisi, ada dinyatakan perkataan dasar. Persoalan saya, bolehkah saya katakan dasar dan polisi ini adalah perkara yang sama? Tambahan pula, dasar dalam bahasa inggeris adalah "Policy". Terima kasih.Kami bersetuju dengan pandangan tuan, yang menyatakan bahawa perkataan dasar dan polisi ini mempunyai makna yang hampir sama. Terima kasih.Lain-lain28.07.2020
Apakah maksud POLISI dari segi bahasa dan istilah? apakah salah satu contoh polisi?Polisi membawa maksud rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan atau dasar kerajaan. 2. Dokumen yang mengandungi kontrak insurans.Lain-lain16.01.2007
Adakah penggunaan "ke" dan "daripada" dalam ayat di bawah betul? Jika salah, harap dibetulkan. "Jika anda bertukar ke syarikat insurans yang lain atau bertukar daripada satu polisi ke polisi yang lain,..." Terima kasih"Jika anda bertukar kepada syarikat insurans yang lain" dan "Bertukar daripada satu polisi kepada polisi yang lain".Lain-lain16.08.2017
Berikut, manakah penggunaan yang betul 1. Pernyataan Polisi 2. Penyataan Polisi 3. Pernyataan Dasar 4. Penyataan DasarPernyataan bermakna pengumuman, pemberitahuan atau pemakluman; manakala penyataan pula bermakna perbuatan menyatakan (melahirkan, dll). Dalam contoh frasa yang diberikan, penggunaan yang sesuai ialah pernyataan.Tatabahasa28.03.2018
Assalamualaikum, Adakah perkataan "policy" telah diserap ke dalam bahasa Melayu dan ejaannya adalah "polisi"? Terima kasih.Perkataan policy diterjemahkan kepada polisi dalam bidang undang-undang dan ekonomi sahaja seperti pemegang polisi insurans {policy holder (insurance)}. Dalam bidang lain dan teks umum policy diterjemahkan kepada dasar seperti dasar penyelidikan (research policy).Istilah04.10.2012
Selamat Tengahari & Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta bantuan dari pihak DPB untuk membuat terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Safety First, Quality Always Ianya adalah slogan untuk Polisi Keselamatan dan juga Polisi Kualiti syarikat kami yang berdaftar di Malaysia.
Berikut merupakan cadangan padanan dalam bahasa Melayu bagi slogan “Safety First. Quality Always”:(1)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Berterusan”
(2)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Berkekalan”
(3)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Sepanjang Masa”
(4)   “Keselamatan Diutamakan, Kualiti Dijaga”

Tuan boleh memilih mana-mana cadangan padanan slogan dalam bahasa Melayu yang di atas bergantung pada kesesuaian polisi yang pihak tuan ingin maklumkan kepada pelanggan.
Makna19.06.2017
Apa beza antara polisi, peraturan atau garis panduan dari segi perundangan. Penggunaan perkataan manakah yang lebih spesifik.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, polisi ialah rancangan tindakan yang telah diper­setujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan.


Peraturan ialah rancangan tindakan yang telah diper­setujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan.

Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.
Tatabahasa04.10.2013
Boleh kongsikan format / pengisian wajib dalam "Polisi Operasi Perkhidmatan". Terima kasih.Selamat petang

Pihak kami mohon maaf kerana tidak mempunyai maklumat atau data tentang "Polisi Operasi Perkhidmatan" tersebut. Sekian. Terima kasih.
Lain-lain27.06.2016
Saya sedang menjalankan kajian tentang polisi penggunaan bahasa di papan iklan (billboard) bagi tesis PhD saya. Untuk itu saya ingin memastikan beberapa perkara dan ingin menemuduga pegawai yang berkaitan. Siapakah pegawai yang dapat membantu saya untuk memberikan maklumat labih lanjut tentang polisi penggunaan bahasa pada papan iklan? Bagaimanakah prosedurnya untuk says menemuduga pegawai tersebut? Harap dapat memberikan bantuan. Terima kasih.

Sila kemukakan permohonan secara rasmi kepada Encik Abd. Karim bin A. Bakar, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, melalui e-mel karim@dbp.gov.my atau surat yang dialamatkan kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Tatabahasa01.07.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polisi