Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Dewan Perdana
Kata Takrif Sumber
embarupokok rendang dan berbunga kuning, yg mudah ditemui di tepi sungai dan tepi laut, atau ditanam sbg pokok teduhan. Daunnya yg hampir bulat dibuat pembungkus kuih serta tapai, kayunya boleh digunakan utk membuat sampan dan perabot, dan kulit batangnya yg berserat boleh dijadikan tali serta kertasKamus Dewan Perdana
empenaipokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasirKamus Dewan Perdana
ekor kucingpokok renek sehingga kira-kira 3 m tinggi, berdaun lebar dan bergerigi, berbunga halus berwarna merah tua, tumbuh padat pd jambak yg berjuntai spt ekor kucing, dan biasa ditanam sbg pokok hiasanKamus Dewan Perdana
epalpokok sederhana kecil yg banyak ditanam di kawasan beriklim sejuk utk menghasilkan buah yg boleh dimakanKamus Dewan Perdana
elmpokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabotKamus Dewan Perdana
ensuraipokok yg biasanya tumbuh di tebing berbatu yg berlumut dan condong ke arah sungai, berdaun tirus, berbuah kemerahan dan bersayap, penting sbg sumber makanan bagi hidupan air dan akarnya penting utk menghalang hakisanKamus Dewan Perdana
engkunaipokok yg kuat kayunyaKamus Dewan Perdana
engkalapokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar dgn permukaan bawahnya keputih-putihan, buahnya bulat dan boleh dimakan, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungaiKamus Dewan Perdana
engkabangpokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai dan buahnya yg kemerahan boleh dimakanKamus Dewan Perdana
empelaspokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan taliKamus Dewan Perdana
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pokok.

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.



Lihat selanjutnya...