Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, Apakah kesalahan tatabahasa dalam soalan di bawah: 1. Miranda terhuyung-hayang sewaktu mula-mula sampai di Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.Kesalahan pertama yang boleh dilihat ialah ejaan "Bandaraya".  Ejaan haruslah dipisahkan, iaitu "bandar raya".  Tidak perlu huruf "B" besar kerana bukan nama khas.
Perkara yang kedua ialah perkataan "terhuyung-hayang" kurang sesuai dengan konteks ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah "terpinga-pinga".
Perkataan terhuyung-hayang sesuai dalam keadaan seseorang yang mabuk atau pening, pitam atau kesihatan tidak stabil.
Tatabahasa08.11.2016
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. Makna25.02.2010
1
Tesaurus
 
pitam (adjektif)
Bersinonim dengan pengsan, koma, hilang ingatan, hilang akal, selap.,